Selepas tersebarnya gambar terkini Saifulina, kali ini MH Online menerima kiriman gambar yang dipercayai salah seorang peserta Malaysia Idol iaitu Aesar Mustafa lengkap berpakaian wanita.

‘Siapa Kata Saya Tenggelam?’ – Aesar Mustafa

Namun MH Online tertanya-tanya adakah ia benar atau hanya sekadar gimik untuk menaikkan semula namanya dalam industri?

IKLAN

Aesar memberi penerangan apa yang terjadi sebenarnya…

“Siapa kata saya tenggelam? Saya masih giat melakukan sound track drama, malah selalu muncul di karpet merah. Kiranya saya masih ada dalam industri. Saya masih menyanyi dan mencipta lagu tetapi tidaklah melonjak.

 

“Itu hanya kebetulan. Gambar itu sebenarnya di ambil sewaktu shooting satu video viral yang ditugaskan untuk saya berkarakter seperti itu’” jelasnya kepada MH Online.

‘Siapa Kata Saya Tenggelam?’ – Aesar Mustafa

IKLAN

Aesar juga menambah tentulah ahli keluarganya terkejut melihat dia berimej seperti itu namun mereka memahami tugasannya sebagai seorang anak seni yang giat dalam dunia lakonan dan teater.

“Diorang memang tahu saya seorang yang talented, dari kecil saya seorang yang aktif dengan aktiviti teater, drama dan sebagainya,” katanya lagi.

Malah Aesar juga berkongsi ini bukanlah kali pertama dia berpakaian seperti ini. Pernah juga beberapa tahun lalu dia melakonkan watak sebegini namun tidak sangka gambar ini pula yang menjadi bahan perbualan.

IKLAN

‘Siapa Kata Saya Tenggelam?’ – Aesar Mustafa

“Sebelum ini saya pernah melakonkan satu filem pendek kontroversi di Youtube, di mana orang tidak tahu itu saya kalau orang tahu mungkin orang akan bising. Benda ni saya dah buat lima atau enam tahun lepas tetapi kali ini pula yang orang perasan ini saya.

 

“Malah saya sendiri tak rasa benda ini kontroversi kerana pelawak-pelawak lain juga ada mengenakan pakaian sebegini ketika melakukan tugas,” tambahnya lagi.

Aesar bakal menggeluarkan single terbarunya di bawah naungan BBI Entertainment khas untuk pengikutnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI