Bagi anda yang pernah menonton drama sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 90-an, sudah pasti sinonim dengan watak Lucy lakonan Angeline Tan.

Selepas hampir 25 tahun menceburi dalam bidang lakonan, kini Angeline mengambil satu langkah ke hadapan, berlakon dalam drama bersiri bertaraf antarabangsa, The Ghost Bride.

Lalu, bintang berusia 52 tahun ini meluahkan rasa syukur dan berbangga kerana diberi peluang yang diimpikan selama ini.

“Tentunya berasa bangga dan bersyukur kerana dipilih untuk memainkan satu peranan atau watak yang penting dalam drama ini.

“Saya memegang watak sebagai seorang ibu yang anaknya sudah meninggal dan suami dia tiada di sisi. Jujurnya ia tidaklah watak yang besar tapi ada sedikit penting dalam penceritaan drama secara keseluruhan.

“Watak sebagai Madam Lim tidak banyak babak dalam drama ini, jadi cabaran buat saya bagaimana mahu tonjolkan watak ini kepada penonton,

“Oleh itu, peranannya sangat penting supaya karakter dan watak itu dapat diingati semua,” katanya optimis.

IKLAN

Menurut pelakon berusia 54 tahun ini lagi, dirinya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang berlakon drama bersiri yang bertaraf antarabangsa.

“Apa yang saya boleh katakan sebenarnya ia bergantung kepada nasib sebab kebetulan watak yang ditawarkan sesuai dengan diri saya. Saya hadiri ujibakat dan bernasib baik saya dipilih.

“Kalau tiada watak tersebut dalam drama ini, Angeline pun tidak akan dapat peluang ini,” kongsinya lagi kepada MH.

Di samping itu, Angeline menasihati kepada pelakon baru untuk sentiasa berusaha dan kerja kuat jika mempunyai impian untuk berlakon di peringkat yang lebih tinggi.

IKLAN

“Apa pun peluang yang datang, kita kena kerja kuat dan buat yang terbaik tidak kisah berlakon untuk dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.

“Setiap peluang kita kena jadikan sebagai satu benda yang penting,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Angeline turut berkongsi antara perbezaan melakonkan watak komedi dan serius, memandangkan dirinya sebelum ini cukup cenderung dikenali dengan watak santai.

“Bagi saya, lagi senang untuk melakonkan watak serius berbanding komedi kerana untuk membuat orang ketawa bukan satu perkara yang mudah.

IKLAN

“Kita kena faham peranan kita dalam sesuatu watak. Contohnya, bila berlakon serius kita tidak memerlukan banyak tenaga berbanding melakonkan watak komedi.

“Tapi kadang-kadang ada rasa juga rasa rindu untuk berlakon watak komedi,” akuinya lagi.

Drama bersiri The Ghost Bride merupakan sebuah drama tempatan bahasa Cina yang pertama memasuki pasaran dunia melalui laman strim video ‘Netflix’.

Selain Angeline Tan, drama ini turut dibintangi pelakon dari Taiwan seperti Huang Peijia dan Chris Wu.

Drama rantaian The Ghost Bride mempunyai 6 episod ini bakal menemui penonton bermula pada 23 Januari depan.

https://www.youtube.com/watch?v=8ZTJOh0lq5Y&t=450s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI