Menjadikan platform media sosial sebagai satu medium perantaranya bersama pengikut, juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae bagaimanapun tetap mengawal ketat akaun Instagramnya.
Baginya, media sosial kini memberikan impak yang sangat hebat dalam diri setiap individu.
“Saya sangat menjaga akaun media sosial saya kerana ia merupakan perkara yang sangat penting dengan adanya teknologi sedemikian.
“Jika ada benda yang mungkin terlalu peribadi, saya tidak akan berkongsi di media sosial atau bersama kumpulan ‘closed friend’ sahaja,” katanya kepada MH.
Menjadikan kedua ibu bapanya sebagai idola, gadis berusia 24 tahun ini akui bahawa media sosial mempunyai banyak kesan negatif.
“Sosial media merupakan satu impak yang sangat besar pada masa kini walaupun dari sudut yang nampak ringan seperti ‘nak makan apa?’ atau muat naik gambar bersama kekasih.
“Nampak remeh, tetapi mungkin ada orang yang ‘memerhatikan’ setiap apa jua yang kita kongsikan di media sosial.
“Jadi,kena bijak dan berhati-hati sebelum berkongsi di media sosial,”kongsi anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Terdahulu, Shaza dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.
Tempat kedua dimenangi Adriana Ghafar, 21, dari Johor, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan trofi.
Nynaa Harizal berada di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.
Sementara itu, dua lagi peserta akhir iaitu Syamira Izzati dan Shatirah Amanda di tempat keempat dan kelima.
Masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 dan trofi.
Selain lima peserta akhir, dua lagi peserta Top 12 iaitu Nina Amin dan Sharlina Gilbert masing-masing diumumkan sebagai pemenang anugerah Dewi Inspirasi dan Dewi Favourite.
Juri tetap program ini ialah Scha Al-Yahya dan Yusry Abdul Halim di samping dua juri jemputan iaitu Datuk Aznil Nawawi dan Dr Soo Wincci.
Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Datin Rebecca Nur Al Islam meluahkan kesedihan gara-gara barangan kemas hadiah hantaran perkahwinannya berjenama Chopard hilang.
Tidak mahu menuduh, namun jelas wanita ini, hanya dia dan suami serta tiga pembantu rumah sahaja mempunyai akses untuk keluar masuk bilik tidurnya.
“Assalamualaikum. Hari ini saya sedang sedih sangat tapi tak tahu bagaimana nak khabarkan. Sebagaimana yang dikongsikan di IG Story saya tadi, rantai dan gelang itu merupakan hantaran kahwin berjenama Chopard. Saya sayang sangat dan jarang memakainya.
“Saya simpan di atas almari mekap. Selain daripada suami dan saya ada akses ke bilik tidur, tiga pembantu rumah juga boleh masuk ke bilik tidur.
“Tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk adalah yang sentiasa mengemas bilik saya, dua orang sudah balik dan tinggal seorang dan akan balik pada bulan satu.
“Kalau dalam Islam, jika tidak nampak, kita tidak boleh menuduh. Namun saya sangat ralat dan sedih. Serba tidak kena dan rasa hendak menangis.
“Rasa seperti mimpi ngeri. Minta-minta Allah gantikan apa yang hilang dengan lebih baik.
“Mungkin jodoh saya dengan rantai dan gelang sampai di sini. Saya mengadu kepada suami dan suami minta saya reda dan berdoa banyak-banyak.
“Semua pembantu rumah saya mempunyai IG dan tahu saya amat menyayangi mereka. Saya tidak mahu menuduh, namun katakanlah antara ketiga-tiga pembantu rumah ini ada terambil. Bila buat salah, saya sentiasa memaafkan.
“Tapi tolong pulangkan. Ia adalah pemberian suami selama kami berkahwin 10 tahun. Semoga saya kuat,” luahnya dalam nada sebak.
Mahu mengikuti jejak langkah abangnya, Syafiq Kyle dalam dunia lakonan dan peragaan, adiknya, Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak mencuba nasib apabila menghadiri ujibakat Hero Remaja 2020.
Dalam pada itu, bekas pelajar Aswara terbabit turut mendapat sokongan dari abangnya untuk menyertai program tersebut.
“Saya datang ke uji bakat Hero Remaja adalah untuk mencuba nasib dan sememangnya saya ingin menjadi seorang pelakon dan ikon kepada remaja.
“Abang saya memang tahu saya nak datang casting Hero Remaja dan dia sangat-sangat supportive. Dia cakap pergi saja. Dapat tak dapat tu belakang cerita. Paling penting, saya tahu apa yang saya nak buat dalam hidup saya.
“Pesanan dia yang saya paling ingat adalah just be yourself, jangan gopoh dan kelam-kabut. Jadi diri sendiri, biar mereka dapat lihat keunikan yang ada dalam diri saya,” katanya seperti dipetik Remaja.
Bagaimanapun, Syazwan telah memaklumkan perkara itu kepada abangnya dan memuat naik perbualan menerusi aplikasi Whatsapp di Insta Stories.
Menurut Syafiq, dia telah memberikan kata-kata semangat kepada adiknya itu.
“Syazwan, ni baru sikit kekejaman yg kau terima walaupun kau belum masuk industri. Line ni memang banyak kebodohan kerosakan & kekejaman.
“Aku harap kau faham dan kau tak perlu frust pun sbb frust tu yg tunjuk weakness kau dekat org sekeliling. Sepatutnya kau gelak dan seronok sebab kebodohan apakah yg kau hadapi ini.
“Hahaha tapi kalau kau pilih jalan ni, kau kena get ready utk apa je keputusan utk masa depan kau. Kau budak baik, kau tak perlu jadi baik utk org baik dgn kau.
“Sebab bnyk org jahat yg semua org baik syg. Lama2 nanti kau akan faham. Aku bangga dengan kau sbb kau berani cuba apa yg kau patut cuba dalm hidup kau. Tak ada apa pun kau nak fikir pasal Hero Remaja ni. Tuhan plan the best for you, Trust me! Good brotha!,” kata Syafiq.
Terdahulu, Syafiq atau nama penuhnya Mohamad Syafiq Shamim pernah menyertai Hero Remaja 2011/12 dinobatkan sebagai naib juara, manakala Fattah Amin diumum sebagai juara.
Sementara itu, ujibakat pencarian Hero Remaja yang bermula sejak Sabtu dan Ahad lalu telah melayakkan kira-kira 20 peserta.
Malah, pencarian tersebut diteruskan lagi pada 28 dan 29 Disember ini di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.