Bagi mereka peminat Kpop, pasti sangat mengenali kumpulan SHINee di mana lagu mereka sering menjadi siulan ramai.

MH mendapat khabar sedih yang menyatakan anggota kumpulan hangat Korea, SHINee ditemukan meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) di rumahnya yang terletak di Chungdam, Seoul semalam (Isnin).

Memetik laporan Koreaboo, pihak polis turut mengesahkan mengenai kematian penyanyi itu selepas beberapa laporan mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri.

Bagaiamanapun,punca kematian penyanyi itu tidak dapat disahkan.

Berita Kematian Jonghyun, Vokalis utama SHINee Jadi Bualan Hangat Netizen!

Namun, ada laporan yang menyatakan Jonghyun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat lemas dalam kepulan asap namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

IKLAN

Menurut laporan lain juga mengatakan penyanyi itu mati akibat membunuh diri selepas menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya itu.

Malah, ada beberapa sumber turut mengatakan kakak artis tersebut turut mengesahkan perkara berkenaan selain menerima nota bunuh diri daripada adiknya itu.

“It’s been really hard for me until now. Please let me go, and tell me I’ve worked hard, last good bye.”

Walaupun topik kematian ini menjadi bualan hangat buat semua pengikut dan peminat kpop, namun sehingga kini, pihak SM Entertainment dan ahli keluarganya sendiri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi.

IKLAN

Mungkin ada betul dan tidak, tetapi apa yang kami tahu pastinya ramai yang bersedih dengan ‘berita kematian’ Jonghyun ini terutamanya buat peminat-peminat kumpulan SHINee.

Sementara itu, Posting terakhir Jonghyun di Instagram juga dibanjiri ribuan komen mengucapkan selamat tinggal buat penyanyi itu.

Berita Kematian Jonghyun, Vokalis utama SHINee Jadi Bualan Hangat Netizen!

IKLAN

Malah, posting terakhirnya juga ada meyebut seolah-olah dia ingin pergi dan dirinya sedang bersedih.

네가 아파하지 않길 기도해

A post shared by @ jonghyun.948 on

“ I pray that you aren’t hurting.” tulisnya dilaman tersebut dengan keratan lagu “Beside You”.

Antara lagu yang sering menjadi siulan adalah Hello, Everybody, Tell Me What To Do dan banyak lagi.

Sumber : Koreaboo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI