Malaysia, harap korang bersedia! Kumpulan popular Korea Selatan, Wanna One akan kembali semula ke ibu negara bagi menjayakan konsert jelajah mereka, ‘Wanna One World Tour- One: The World’.
Dibawakan oleh YJ Partner bersama rakan kerjasama di Malaysia, IMC Live Group, konsert tersebut bakal diadakan di Axiata Arena pada 21 Julai nanti di mana ia akan menjadi satu-satunya konsert jelalah buat kumpulan tersebut sebelum dibubarkan.
Untuk pengetahuan, Wanna One yang lahir daripada rancangan Produce 101 Musim ke-2 (2017) dan telah menikmati kejayaan hebat sehingga berjaya mengumpul ribuan peminat dan menjadi duta untuk jenama-jenama hebat.
Wanna One merupakan band K-pop pertama berjaya mencatatkan jualan album melebihi jutaan unit sejak album debut mereka dilancarkan.
Album kedua band tersebut, 0+1=1 (I Promise You) yang dilancarkan pada 19 Mac 2018 lalu turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat seluruh dunia.
Dianggotai oleh Kang Daniel, Lai Kuan-lin, Lee Dae-hwi, Park Jihoon, Ha Sung-won, Ong Seung-wu, Hwang Min-hyun, Kim Jae-hwan, Yoon Ji-sung, Bae Jin-young dan Park Woo-jin.
Wanna One merancang untuk memberikan seluruh energi mereka bagi menjadikan tahun ini tahun terbaik untuk para peminat serta menjadi satu keraian sepanjang mereka bersama.
Dalam pada itu, kumpulan itu juga dijadualkan akan membuat persembahan di bandar-bandar utama sekitar Amerika Syarikat seperti San José, Dallas, Chicago, dan Atlanta. Mereka juga akan menjayakan konsert di Singapura, Jakarta, Hong Kong, Bangkok dan Melbourne.
MH pasti ramai yang tak sabar untuk melihatkan kumpulan ini beraksi di atas pentas serta menebus kembali ‘insiden’ yang terjadi semasa ‘Meet & Greet’ mereka awal tahun lalu.
Apa-apapun, MH pasti ‘Wannable’ akan belajar daripada kesilapan lalu dan dapat mengawal diri mereka apabila melihat ‘oppa-oppa’ beraksi kelak.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI