Kepada EXO-L (kelab peminat EXO),penantian korang bakal berakhir Julai ini apabila Idol kesayangan bakal menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

Kumpulan Kpop popular Korea Selatan, EXO akan kembali untuk menjayakan konsert jelajah EXO Planet#4- The ELyxion-Kuala Lumpur 7 Julai ini.

Perkara tersebut turut disahkan oleh penganjur, Star Planet dan bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil jam 5 petang.

Berita Baik! EXO Akan Ke Malaysia Sekali Lagi Julai Ini!

IKLAN

Ini merupakan konsert ‘indoor’ pertama EXO di Malaysia memandangkan sebelum ini konsert jelajah Exolution dan Exodium diadakan di Stadium Merdeka.

Dalam pada itu, pengumuman ini membuatkan para peminat menarik nafas lega setelah ternanti-nanti bila konsert Elyxion akan tiba di Malaysia.

Setakat ini,pihak penganjur hanya mengumumkan harga tiket iaitu bermula dengan harga RM 288 hingga RM 748.

IKLAN

EXO mempunyai 9 orang ahli iaitu Suho, Xiumin, Lay, Chanyeol, Baekhyun, Chen, D.O, Sehun dan Kai.

Berita Baik! EXO Akan Ke Malaysia Sekali Lagi Julai Ini!

IKLAN

Namun begitu, MH tidak pasti sama ada Lay akan turut serta dalam konsert ini memandangkan dia kini banyak terlibat dengan promosi di China.

Sebarang info lanjut akan diberitahu kemudian.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI