Hero filem Langsuir, Syafiq Kyle tidak menafikan perkembangan kerjaya positif kini sedikit sebanyak mendorong dirinya untuk lebih fokus dalam seni, sekali gus meletakkan soal jodoh di posisi kedua atau ketiga dalam hidupnya.

Katanya lagi, meski pada peringkat awal merancang untuk mengakhiri zaman solo pada usia 28 tahun, namun perancangan itu pada akhirnya nanti terpulang pada jodoh.

“Dulu saya target kahwin pada usia 28 tahun. Tapi sekarang apabila usia sudah cecah 26 dan ada pula yang cakap kau jangan kahwin dulu, saya mulai terfikir untuk melakukan apa yang lebih penting dalam hidup.

 

“Sebab sebagai pelakon dan anak, sudah pastilah saya terlebih dahulu perlu bahagiakan keluarga, balas jasa mereka dan pada masa sama kumpul aset yang secara tidak langsung ia memberi signal kepada keluarga sama ada kita sudah pun bersedia untuk berkahwin atau sebaliknya,” jelas Syafiq.

“Beri Signal Kepada Keluarga Sama Ada Kita Sudah Sedia Berkahwin Atau Sebaliknya,” – Syafiq Kyle

Ditanya sama ada adakah dia bimbang denga istilah ‘kalau kahwin saham jatuh’, pelakon drama rantaian, Nur ini mempunyai pandangannya sendiri.

IKLAN

“Pada saya, kita tidak boleh nafikan hal tersebut, tapi ada betul dan tidaknya juga. Mungkin ia kedengaran agak zalim, tapi apa yang kita boleh nampak, kadang-kadang kalau artis yang berkahwin, rezeki mereka akan jatuh pada anak atau keluarga pula.

 

“Apa pun, kita kena percaya pada rezeki. Malah peminat sekarang pun sudah bijak menilai,” terang Syafiq yang bakal membuat kemunculan istimewa bersempena MisFit di Ideaktiv di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Ahad, 5 Ogos depan.

“Beri Signal Kepada Keluarga Sama Ada Kita Sudah Sedia Berkahwin Atau Sebaliknya,” – Syafiq Kyle

Bersama MH, aktor yang dicungkil bakatnya menerusi pencarian Hero Remaja sezaman Fattah Amin itu bakal bersama-sama pengunjung bagi menyahut cabaran #MHCabar dengan melakukan pertandingan Timbang Bola.

IKLAN

“Saya sendiri memang sudah ada kelab bola sepak sendiri, Challo FC yang turut disertai beberapa rakan pelakon lain. Tak sabar untuk bertemu peminat. Nak tengok juga siapa yang paling teror bab timbang bola nanti,” katanya yang bakal bekerjasama dengan penyanyi Elizabeth Tan untuk sebuah lagi projek drama terbaru.

Pelbagai aktiviti menarik lain turut disajikan. Buat peminat yang ingin beramah mesra bersamanya bersempena dengan aktiviti MH nanti, jom hadir meriahkan!

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI