Selepas pelakon senior, Fauziah Nawi meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pelakon yang dilihat masih berdegil untuk menyertai sesi pengambaran meskipun tidak divaksin, kini pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut menyatakan pandangan yang sama.

Menurut Shahrulezad, dia berharap agar mana-mana pelakon yang enggan divaksin dapat mengawal tingkah laku mereka dengan tidak membuat sebarang kekecohan atau provokasi di set pengambaran.

“Berhati-Hatilah Bila Berurusan Dengan Artis Pendek Akal…,” – Ada Yang ‘Terlepas’ Ke Set Shooting? Pengarah Minta Selebriti Anti-Vaksin Hentikan Provoksi

Katanya lagi, tindakan sedemikian hanya akan memberikan persepsi buruk orang ramai terhadap para penggiat seni ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

“Selagi kerajaan tak jatuh hukum mandatori diwajibkan vaksin utk semua rakyat Malaysia. Enjoy la korang dengan kelonggaran ni. Abg tak der issue pun. Suka hati korang lah. Tapi please jgn buat provokasi di set.

“Jangan bangga sangat memukul canang pada kalangan artis atau crew betapa megahnya dapat menyelit dalam produksi dengan sengaja mencetuskan provokasi yg kononnya tanpa vaksin pun kau bisa meloloskan diri join us.

“Untuk apa tujuan provokasi tu? Just nak tunjukkkan pada netizen yg Finas, stesen tv even produser tak lah setegas mana? Hangat2 tahi ayam dalam melaksanakan SOP yg telah ditetapkan?,” tulisnya.

IKLAN

“Berhati-Hatilah Bila Berurusan Dengan Artis Pendek Akal…,” – Ada Yang ‘Terlepas’ Ke Set Shooting? Pengarah Minta Selebriti Anti-Vaksin Hentikan Provoksi “Berhati-Hatilah Bila Berurusan Dengan Artis Pendek Akal…,” – Ada Yang ‘Terlepas’ Ke Set Shooting? Pengarah Minta Selebriti Anti-Vaksin Hentikan Provoksi

Luahan tersebut dikongsikan oleh pengarah drama, Nur itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Shahrulezad turut memberi amaran jangan disebabkan oleh perangai segelintir pelakon yang tidak bertanggungjawab, seluruh pemain industri akan menerima kesannya kelak.

“Disebabkan kesombongan and ofcoz kejahilan segelintir habis kita semua terpalit sama. Tak pasal pasal reporter tanya abam mintak komen. Tak pasal pasal Dj @haizahanafi petik issue yg sama tanya pendapat abam pagi tadi.

IKLAN

“Bila dah diasak soalan soalan panas begini tak logik la kalau abg nak kasik komen yg murni murni jer. Opkos la aku tumpang melahar sama sbb geram.

“Untuk rakan produser, pengarah, stesen TV berhati hati lah bila berurusan dengan artis artis pendek akal macam ni. Nanti tak pasal2 dengan kita kita sekali diheret menerima kecaman sama atas tuduhan kita seolah olah sengaja menutup mata sama.

“Paling seram hanya kerana seorang dua bimbo yg degil ini silap silap kerajaan akan tarik balik kelonggaran untuk shooting yg baru diberikan ini,” tegasnya.

“Berhati-Hatilah Bila Berurusan Dengan Artis Pendek Akal…,” – Ada Yang ‘Terlepas’ Ke Set Shooting? Pengarah Minta Selebriti Anti-Vaksin Hentikan Provoksi

IKLAN

Sementara itu, Shahrulezad turut menyeru kepada seluruh penggiat seni untuk terus membuat laporan kepada pihak berwajib andai ada pelakon atau krew produksi yang masih berdegil dan tidak mahu mematuhi prosedur operasi standard seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Untuk rakan rakan krew atau artis sekiranya korang dapat tahu ada kalangan krew atau artis yg tak vaksin tapi menipu tolong report pada produser.

“Kalau produser pun dua kali lima sekongkol bersubahat sama sila report pada stesyen ataupun Finas. Hanya disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga,” akhirinya.

“Berhati-Hatilah Bila Berurusan Dengan Artis Pendek Akal…,” – Ada Yang ‘Terlepas’ Ke Set Shooting? Pengarah Minta Selebriti Anti-Vaksin Hentikan Provoksi

Selepas 18 bulan diuji impak penularan pandemik COVID-19 hingga menjejaskan periuk nasi, industri kreatif ‘bernafas’ semula berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk sektor itu, berkuat kuasa hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Sumber: Instagram Shahrulezad & YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI