Pelakon dan usahawan Datin Rabecca Nur Al-Islam telah memuat naik satu video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut Rabecca telah berkongsi dia sedang menyediakan juadah untuk berbuka puasa di hari pertama ramadan.
“Menu Utk Berbuka Puasa Hari Pertama AdaLah Menu Raya…. #cookingwithlove… Lodeh,Rendang Ayam,goreng telor mata Dan Kuih muih beli Di Bazaar Ramadhan …. #mrsazam #syukurselalu#alhamdulillah #ramadhan#ramadhanpertama #06052019#ramadhankareem”tulisnya.
Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew sering berkongsi kisah kehidupannya bersama keluarga tercinta di Instagram.
Malah, baru-baru ini juga Ebit ada memuat naik video bersama isterinya apabila dia mengimbas detik terindah saat berbulan madu bersama.
“Bidadariku sayang… Ingat lagi tak, dulu dekat sinilah honeymoon kita masa lepas nikah.
“Susah-susah datang. Nak check inn dan nak makan buka dompet. Oh dekat sini tak boleh mahal. Oh sini mahal. Tak cukup duit. Takut kereta mati tengah jalan. Minyak habis. Keluar masuk sini sana.
“Terima kaseh bidadariku sudi nikah dengan abang yang miskin dan takde apa-apa ini. Ya Allah..
“Cian sayang masa tu.terima kaseh ya Allah. Ya Allah diriku terlalu cinta sayang padanya. Cintailah dan sayangilah padanya. Jagakanlah bidadariku ini sentiasa bila-bila dan dimana sahaja. Ya Allah yang Maha Penyayang tidak terhitung segala nikmatmu
“Hari ini kita datang lagi ke sini setelah Allah kurniakan 4 orang anak. I love u sayang. Bestnya dapat berbuka dekat berdua sayang..Terima kaseh ibubapaku. Terimakaseh kedua mertuaku
“Tak tahu nak cakap apa. Tapi sebak menjejaki saat manis kita berdua dulu. Perjalanan rasa syukur atas pernikahan dan diberi bidadari secantik dan sebaik ini.
“Terlalu besar pengorbananmu bidadariku. Sorry yer selalu busy sangat. I love u sayangku bidadariku. Betul-betul rasa rindu,sayang,cinta padaMu kerana Allah dan ingin bersama selamanya dalam syurga-ebitlew,” tulisnya mengimbas detik terindah bersama isteri di Cameron Highlands.
Nampaknya kata-kata rupa harus mendahului bakat boleh ditolak ketepi.
Ini kerana, pelakon versatil, Amerul Affendi menjadi bukti rupa bukanlah segalanya.
Muncul sebagai ‘The Villain’ dalam muzik video terbaru Yuna, ‘Blank Marquee’ bersama G-Eazy, kemunculan pelakon berbakat ini nyata menggemparkan industri hiburan Malaysia.
Aksi antagonis bersahaja dilihat cukup menjadi dan nyata, dia yang baru sahaja merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN baru-baru ini bagi filem One Two Jaga punya peluang besar untuk ke peringkat antarabangsa.
“Satu kepuasan bila semua saling memberi dalam menghasilkan sebuah karya seni.
“Untuk nampak bergaya dan cool dalam mv ni terima kaseh buat @haidayusof menyediakan segalanya. Jarang nak dapat sistem kerja begini dalam satu-satu production dengan wardrobe department.
“Berada dalam set @rabbanisujak bagaikan masuk ke dalam ruang imaginasi beliau dan sangat mesra kepada tetamu yang hadir untuk bermain di dalamnya.
“@aaidilrazali terima kaseh buat rasa selesa untuk bermain di depan mata lensa mu tanpa rasa segan silu. Tihihihihi.
“@yuna dan @adamyousofunny terima kaseh memberi ruang dan peluang untuk bersama hasilkan #BlankMarquee ni. Salah satu pengalaman yang best dalam perjalanan ni.
“P/s: @adamyousofunny kalau filem ko jadi nak buat hello aku naa.. aku tak maki2 macam kat geazy. ?
“Terima kaseh tansree @krollazry memberi kepercayaan untuk bersama team tansree. Harap tansree berpuas hati atas service yang diberi.” Tulisnya.
Semalam merupakan tarikh kelahiran buat pelakon dan model, Nadia Brian.
Dalam pada itu, Nadia dan tunangnya, Mu’izz Nasruddin telah menikmati percutian di Genting Highlands yang menyamankan.
Tambah romantik, si jantung hati ada menghadiahinya dengan sejambak bunga mawar berwarna merah-putih simbolik warna cinta.
“30-05-2019 💖It is a beautiful day! It is a great reminder of how thankful I am for all the beauty I have in my life. Thank you @muizznasruddin sayang for everything. ❤ #mybirthday#geminigirlsrock,” tulis Nadia.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi turut berkongsi video gembira apabila dia menerima sejambak bunga di tempat sejuk, Genting Highlands dengan mengenakan dress berwarna hitam.
Menjengah di Instagram Mu’izz pula, dia turut menitip ucapan buat tunangnya itu.
“Baby, you’re more than just my fiancée, you’re my best friend, my support system, my happiness and the list just goes on.
There’s nothing I wouldn’t give up to put a smile on your beautiful face. You deserve all the happiness in the world. I’m proud of you baby. Keep on hustling and eventually you’ll reach your goals. InsyaAllah. May ALLAH bless you and your family. Amin. Happy Birthday My Love @nadia.brian . I love you, always ❤😘 #muizzxnadiab 📸 Marcus Heim @theparisianphotographers,” tulisnya.
Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.