Menelan kos pembikinan sekitar 200 juta USD, filem terkini Godzilla, Godzilla King of the Monsters menjadi antara filem Hollywood termahal tahun ini.
Sudah pun mengutip lebih 300 juta USD setakat ini selepas ditayangkan sejak hujung Mei lalu, jom ketahui beberapa fakta menarik filem mega yang berdurasi lebih dua jam ini.
Pengarahnya, Michael Dougherty seperti yang dipetik menjelaskan, Godzilla: King of the Monsters bukan hanya tertumpu kepada kisah makhluk raksasa semata-mata, tetapi juga menyentuh soal percubaan manusia di dalam cubaan untuk berinteraksi dengan makhluk berkenaan.
Selepas Memoirs of Geisha yang diterbitkan pada tahun 2005, ini merupakan gandingan kedua pelakon terkenal Asia, Ken Watanabe dan Zhang ZiYi dalam sebuah filem.
Sementara itu, Dougherty turut memberitahu meski dia berpuas hati dengan ‘penampilan’ terkini susuk Godzilla menerusi filem ini, namun dia turut berusaha untuk mendapatkan ‘gauman’ asal Godzilla yang diterbitkan buat kali pertama pada 1954 lalu.
Ads
Ken Watanabe yang mendukung watak sebagai Dr. Ishiro Serizawa, Sally Hawkins (Dr. Vivienne Graham) dan David Strathairn (Admiral William Stenz) merupakan antara watak asal dari Godzilla tahun 2014 yang kembali untuk sequelnya tahun ini.
Ia merupakan filem produksi Amerika Syarikat Godzilla pertama yang mempunyai sequel.
Filem ini dilancarkan pada tahun ini, bersamaan dengan ulang tahun versi asalnya yang ditayangkan buat pertama kali pada tahun 1954, berjudul Gojira.
Ads
Dalam filem berkenaan, hanya Godzilla sahaja yang tidak mampu terbang sementara lawan lainnya iaitu Ghidorah, Montra dan Rodan pula mempunyai sayap dan berkeupayaan untuk terbang.
Terdahulu, ‘working title’ untuk filem ini ialah Godzilla 2. Sementara ketika di fasa produksi pembikinan, ia dinamakan sebagai Fathom.
Ads
Untuk filem kali ini, Godzilla digambarkan mempunyai ketinggian 393 kaki dengan beratnya lebih 99,000 tan. Rodan pula berketinggian 46.9 meter, Mothras pula 15.8 meter dan yang paling tinggi ialah Ghidoras. Tingginya lebih 158 meter dengan berat sekitar 141,000 tan.
Sequel filem berkenaan, Gozilla vs Kong yang awalnya dikatakan bakal ditayangkan sekitar Mei 2020 terpaksa dianjakkan kepada Mac tahun sama bagi mengelakkan pertembungan dengan sebuah lagi filem mega, Fast & Furious 9. Namun ia sekali lagi dikatakan terpaksa ditukar hingga hujung tahun 2020.
Penyanyi dan pelakon meningkat naik, Naim Daniel akhirnya menjawab kekeliruan ramai mengenai pertalian darahnya bersama pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey.
Menurut Naim, mereka bukanlah adik-beradik tetapi hanya rupa paras sahaja yang hampir mirip sama.
“Kalau Abang Fad tengok video ni, suka saya nak katakan sebenarnya kami adik-beradik lain mak.
“Mungkin muka kami seiras, saya cute dan Abang Fad handsome. Kami bukan adik beradik kandung tapi kami memang rapat.
“Tetapi dia tidak menafikan dia merupakan abang yang baik,” katanya secara seloroh memberi penjelasan.
Sebelum ini, ada segelintir peminat yang mendakwa bintang itu rupanya adik kepada pelawak dan hos terkenal itu.
Dalam perkembangan lain, Naim menjelaskan dia mahu berehat seketika daripada dunia lakonan dan memberi sepenuh perhatian pada nyanyiannya.
“Selepas drama Pia memang saya rasa nak berehat seketika, bagi penonton move on dulu.
“Pada masa sama, saya nak fokus pada muzik dan sebolehnya mahu kembang sayap kearah lebih besar lagi.
“Untuk lakonan pula, saya dah bermula berlakon sejak usia 8 tahun dan kini usia saya 22 tahun.
“Saya tak rasa sudah lama dalam industri cuma mungkin saya nak belajar benda lain pula selepas ini,” jelasnya lagi.
Bintang media sosial, Farah Lee menerusi posting terkininya di Instagram nyata mencuri perhatian para peminatnya.
Ibu tunggal ini berkongsi foto dia bersama bekas suami, hos Ally Iskandar yang turut hadir bagi meraikan Syawal bersama anak mereka, Maream Isabell, 5 tahun.
“Glad that you able to enjoy your Raya with both omma & daddy this year (even only half of raya night and half of first raya)
Thanks daddy for coming over.!
“It hurts as you grew bigger,
you noticed your family at home is two,
but others are more than you do. Then you started comparing, asking “Why I don’t have daddy staying with me like others do”,tulisnya.
Malah, Farah turut berharap agar dia masih mampu menjadi ibu terbaik buat puteri tunggalnya itu.
“It hurts when there’s nothing left I can give. I’m sorry Maream, I’m sorry. I know I failed to save the place we used to call home.
“I just hope, I don’t fail being a mom too.
So this is the best I can do, for you. I just love you so much, and I really do,” kongsi Farah lagi.
Lalu menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji hubungan yang kekal baik meski sudah pun berpisah dan ada yang memaklumkan anak kecil itu akan faham mengenai apa yang berlaku, suatu hari nanti.
Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.
Foto; Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...