Di samping itu, peminat turut menitipkan kata-kata semangat buat Linda supaya terus tabah dan cekal dalam dugaan kehidupan.
Ads
Terdahulu, Ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari lepas.
Bagi ada yang kurang mengenalinya, Lezz Rosli terlebih dulu mencipta nama menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ke-4.
Bagaimanapun, kelibat isteri kepada vokalis Drama Band, Aepul ini di kaca televisyen atau pun majlis seni mulai berkurangan sejak mempunyai cahaya mata.
Leez atau nama penuhnya Rosliza Rosli ketika ditemui MH berkata dia punyai sebab tersendiri apabila ‘menyepi’ dari industri hiburan.
“Selepas bersalin, anak saya susu badan, jadi nak bergerak pun agak terhad. Masa itu, saya lebih selesa untuk menguruskan anak-anak, meluangkan masa bersama tengok anak membesar depan mata.
“Malah sejujurnya, saya tak terfikir untuk ceburi dunia hiburan ini lagi,” akui Leez.
Bagaimanpun, bintang tersebut akhirnya berubah fikiran, lalu muncul di kaca TV menerusi program realiti muzikal komedi Muzikal Lawak Superstar, bermula Jumaat ini.
Leez bakal bergandingan sama kumpulan Bunga, yang turut disertai pelawak Caca dan Azmir.
“Alhamdulillah, sekarang anak dah besar sikit, jadi saya boleh bawa diri dan ini adalah peluang terbaik untuk saya ceburi dunia hiburan lagi.
“Saya masuk semula dalam industri ini dan ia adalah peluang untuk orang kenal bakat saya yang suka menyanyi dan berlakon,” kongsinya lagi yang sudah menyepi selama lima tahun.
Tambah Leez, dia akui agak sukar untuk dapatkan keserasian dengan Caca dan Azmir kerana ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama di atas satu pentas.
“Sebelum ni saya kenal mereka biasa-biasa sahaja, cuma kami sebelum ini pernah berlakon sama-sama. Jadi keserasian itu sudah ada.
“Tapi sekarang ini kami juga akan buat persembahan bersama secara langsung dan memerlukan keserasian dan satu kepala yang gila-gila di atas pentas,” jelas Leez.
Program realiti muzikal komedi Muzikal Lawak Superstar membabitkan 14 peserta yang mewakili pelawak, pelakon dan penyanyi membuat persembahan di atas pentas.
Program itu akan bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Jumaat ini di Astro Warna (132) dan Warna HD (124), Jumaat ini jam 9 malam.
Nabila Huda dan Nabil Ahmad selaku pengacara bagi program tersebut, sementara Nora Danish, Datuk Awie dan Altimet sebagai juri tetap.
Pertama kali beraya membawa gelaran isteri sudah pastinya memberi makna mendalam kepada Nelydia Senrose.
Namun dalam pada keterujaan menyambut bersama suami, pelakon jelita ini meluahkan kesedihan apabila buat pertama kali meraikan Aidilfitri tanpa ibu dan adik beradik tercinta.
“All out beraya today since tomorrow gotta work already 😭
(missing my family so damn much)
“24 tahun balik kampung and beraya with my mama and siblings, tapi tahun ni berbeza, terasa sangat lain nya. Rindu sedih semua ada 😅. (not complaining tapi sekadar berkongsi)
“New experience for me this year, and sejujurnya raya di Kl pun sangat meriah ok!”, tulis Nely.
Jika sebelum ini tudung Bawal Exclusive (BE) bernilai RM50,000 dianggap tidak masuk akal atas harganya, kali ini nitizen tidak perlu terkejut kerana tudung termahal di dunia berharga RM70,000 pula bakal diperagakan.
Memetik Sinar Harian, perkara tersebut dimaklumkan Pengasas BE, Haliza Maysuri, bersempena Oscar’s Glamorous Night With As Galleria, yang sekali gus memecah rekod harga tudung termahal sebelum ini iaitu RM50,000.
Difahamkan, tudung eksklusif itu bertahtakan swarovski dan diimport dari Austria itu sudah ditempah dan bakal menjadi milik seorang usahawan berusia 30-an dari negeri Kelantan.
Apa pun, jom ikuti beberapa bintang kita yang memang tampak ayu kala mengenakan tudung. Mungkin bukan kerana harganya, tetapi juga styling yang betul hingga menyerlahkan keanggunanan mereka.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.