Sejak semalam, nama pempengaruh terkenal, Khairul Aming menjadi bualan hangat netizen selepas tular sepotong video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan telatah mesranya bersama seorang wanita di sebuah kedai kopi.

Video tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak sehingga meraih lebih satu juta tontonan.

Malah, meninjau di ruangan komen, segelintir netizen dilihat seakan patah hati selepas menonton video berkenaan.

Terbaru, menerusi satu ciapan di Twitter pada Selasa, Khairul Aming menjelaskan wanita berkenaan bukanlah teman istimewa seperti yang didakwa sebaliknya hanyalah seorang peminat yang mengajaknya untuk sama-sama membuat konten di Tik Tok.

“Aduh jauh twist ni. Aku dekat Starbucks la beli air, adik ni datang ‘Bang cuba abang dengar lagu Afghan ni boleh tak kita buat tiktok lagu ni’.

IKLAN

“Me : ‘Alamak saya tak hafal lagu ni.’ Lepas tu kawan dia record dari belakang hahaha,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar penjelasan tersebut malah ada juga yang meluahkan rasa lega.

“Cannot imagine berapa ramai nangis time raya ni sebab hang ming.

IKLAN

“Tapi pandangan penuh rasa cinta, mana la netizen tak buat cerita.

“Jauh plot twist dia. Okay korang yang mana patah hati tadi tu, boleh sambung masak balik.

“Mana lah orang tak salah faham bang. Baju kau dengan dia kebetulan lebih kurang sama warna.

IKLAN

“Ok boleh la sambung beraya dengan happy dari semalam saya diet memikirkan. Selamat hari raya,” antara komen-komen netizen.

Sekadar informasi, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman merupakan pempengaruh yang terkenal dengan pembikinan konten memasak terutamanya disepanjang bulan Ramadan sejak enam tahun yang lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter Khairulaming & Tik Tok Amira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI