Usahawan dan pelakon, Ben Ali bersama isterinya Nadiyah Shahab tampil menyumbang RM40,000 kepada 7 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha membantu meringankan beban dihadapi rakyat Palestin akibat ditindas Zionis Israel.
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan, sumbangan berkenaan diperoleh hasil jualan produk keluaran mereka, Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.
“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya memetik Harian Metro.
Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.
Ads
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya lagi.
Ben pada masa sama turut berhasrat untuk terus melakukan projek amal yang dilakukan sempena Ramadan baru-baru ini.
“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya.
Ads
“Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.
“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan,” harapnya optimis.
Sementara itu menerusi Instagram, Ben turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pembeli yang secara tidak langsung menyokong apa yang diusahakan ketika ini.
“Bismillahirrahmanirrahim, berkat hasil pembelian para pelanggan & juga berkat izin Allah S.W.T , kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah.
“Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sejak dari dahulu lagi menyokong perjalanan kami. Dari anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara-saudara se-islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kepada yang berhajat untuk juga menyumbang. Saya sertakan sekali antara senarai pertubuhan yang kami telah sumbangkan bantuan. Diharap kita semua mendapat syafaat dari-Nya. InshaAllah,” tulisnya.
Foto: Instagram Ben Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi sesetengah orang, untuk menjaga penampilan diri, kesihatan dan berat badan masing-masing, terdapat banyak cara atau method yang boleh diamalkan.
Antara salah satu cara yang MH rasakan menarik, adalah perkongsian dari pelakon jelita, Sherry Ibrahim menerusi Instastory miliknya.
Makan Dalam Kuantiti Sedikit Tapi Kerap, Sherry Enggan Bazir Makanan!
Perkara berkenaan dimaklumkan Sherry menerusi satu muatnaik hantaran video pendek di laman Instagram miliknya, memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman. Ini susulan telah seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.
“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.
“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.
Nasi Segengam, ‘Rahsia’ Sherry Kekal Langsing
Bagaimanapun, menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.
Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.
Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.
Anda yang mahu menurunkan berat badan juga boleh meniru cara yang diamalkan aktress jelita ini. Nak kurus, bukan tidak boleh makan. Hanya perlu makan ketika lapar dan pastikan anda makan dalam kuantiti sedikit dan kerap. Selamat mencuba!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari @Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sepotong klip video yang sedang tular di Indonesia, Jasmin Hamid sempat bersenda memohon agar pengguna jalan raya tidak menikmati aiskrim sewaktu sedang memandu.
Video yang berkisar kepada seorang penunggang motosikal yang berhenti di garisan zebra dan sedang makan aiskrim, sebelum ditegur oleh penguat kuasa menerusi pembesar suara, cetus sensasi di negara jiran.
“Selamat sore. Kepada abang yang makan aiskrim, silakan mundur ya bang.
“Kepada ibu yang disampingnya dan kepada seluruh pengendara yang berhenti di zebra cross. silakan mundur.
“Dan kepada abang yang makan aiskrim, habisi dulu aiskrimnya ya bang. Baru jalan. Aduh manis sekali bang senyumnya.
“Tu kan di makan lagi aiskrimnya. Habisi dulu ya bang. Baru berjalan lagi. Nanti abang kenapa kenapa-kenapa di jalan.”
Turut terhibur dengan gurauan manja penguatkuasa wanita itu, Jasmin turut berpesan agar menghabiskan aiskrim sebelum meneruskan pemanduan.
“Kepada Abang yg makan es krim ☺ Makan es krim tu jangan sampai langar undang-undang jalanraya ya…mundurkan speda kamu di garisan yang harus di patuhi. Udah habis makan es krim baru jalan ya. . Hebat Bukan?”
Peritnya menanggung kerinduan terhadap seseorang yang pernah menjadi sebahagian penting dalam hidup, sukar diungkap. Hanya kerinduan mendalam membelenggu mereka yang melaluinya.
Itulah dirasakan penyanyi Fanzi...