
Menerusi laman media sosial Instagram milik pelakon dan model, Bella Dally ada berkongsi satu rakaman video yang menjadi tanda tanya kepada peminat.
Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally telah berkongsi kit ujian kehamilan yang menunjukan keputusan positif menerusi rakaman video tersebut.
Lalu, perkongsian bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu menjadi persoalan daripada rakan selebriti dan peminat.
Rata-rata peminat menyangka bekas isteri kepada pelakon Nazim Othman itu kini sudah hamil.


Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nazim pada 10 September 2016.
Bagaimanapun, Bella dan Nazim telah sah bercerai dengan talak satu pada 17 Mei 2018.
Selepas itu, bintang berusia 27 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali pada 30 Mac 2019.
Diharapkan apa yang dikongsi oleh Bella ini adalah benar dan merupakan satu berita gembira buat kepada semua peminat.
Video : Instagram Bella Daily
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Bila Dah Dapat Hilang Lesap,”- Ramai Nak Ambil Kesempatan, Joy Revfa Anggap Anak Penguat Semangat!

Usahawan Joy Revfa akui ramai mendekatinya dan hanya mengambil kesempatan semata-mata.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Siti Arifah Muhd Amin ini juga mahu anaknya,Arryan Firdaus sentiasa ada disisi selamanya.
“Arryan je tetap ada dgn ibu.. org
lain yg dekati ibu semua suka nak gunakan ibu & ambil kesempatan je.
“Bila dh dapat, hilang & lesap tanpa jejak Cepat lah besar Arryan, senang sikit jaga ibu ni sbb asyik kena tipu je dgn janji2 org lain.
“Tak apalah, ibu tak mampu nak berbuat apa2.. hanya Allah swt saja dapat beri mereka ini hidayah & kifarah yg setimpalnya.. 😔#sad #hambaMuyanglemah,” tulisnya.
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
Sementara itu,rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada ibu tunggal ini.
Dalam perkembangan lain,Joy kini selesa berkawan rapat dengan pelakon,Fahmy Reza.
Terdahulu, Joy telah bercerai dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada Oktober 2017 selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.
Foto : Instagram Joy Revfa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Bukan Buah Dada Tapi…,”- Faye Kusairi

Baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil memaklumkan, dia mengamalkan permakanan jamu demi menjaga kesihatan dan kecantikan luara serta dalaman.
Malah, suami kepada bintang drama bersiri Setelah Cinta Itu Pergi tidak terkecuali dari mengamalkan permakanan jamu, kongsi Faye lagi.
Pelakon yang berasal dari Kuching, Sarawak ini juga memaklumkan kaum lelaki juga digalakkan mengamalkan pengambilan jamu.
“Morning shot of @aurakasihhq Yes, suami saya pun amalkan pemakanan jamu yg diperbuat dari buah buahan. Bukan calang2 buah ye..
“nop. bukan buah dada TAPI buah2 sunnah seperti buah kurma, buah delima, buah markisa, buah oren, cuka delima dan lain,” tulisnya.
A post shared by Faye Kusairi Official (@fayekusairi) on
Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hata pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Always a Mom first. I love you, son. #AlifAzmi #Alif16months
A post shared by Faye Kusairi Official (@fayekusairi) on
Harini berniaga bersama suami dan anak 💚
A post shared by Faye Kusairi Official (@fayekusairi) on
Video : Instagram Faye Kusairi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Alisa Naik Ruam Pada Pipi, Hanis Zalikha Kongsi 5 Tip Yang Boleh Dimanfaatkan Ibu Bapa Kalau Serasi

Pelakon dan hos, Hanis Zaikha ada berkongsi tips dan kaedah yang dirasakan paling ampuh bagi mengatasi masalah ruam di kalangan bayi baru lahir.
Terdahulu, permata hati kedua kesayangan Hanis dan suaminya, pelakon Hairul Azreen dilahirkan pada 24 Mei lalu.
Bayi perempuan comel yang diberi nama Alisa Aisyah ini pada awalnya ada mengalami ruam pada pipinya, tumbuh biji-biji halus kecil, kemerahan dan melecet pada pipi.
A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on
“Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya. Boleh manfaatkan kalau serasi ya,” tulis Hanis lalu menyenaraikan lima langkah mengekangnya.
Lima langkah tersebut ialah;
1. Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kasar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je.
2. Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je.
3. Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab geseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh.
4. Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi.
5. Perhatikan diet ibu. Ada tak makan makanan yang trigger allergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah. I’ve tried letak susu ibu dekat ruam/bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada.
Semoga apa yang disampaikan dari ibu kepada dua cahaya mata ini boleh membantu pasangan suami isteri yang baru melahirkan, insyaAllah.
😂 2 bulan. Alhamdulillah sayang.
A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on
Selamat Hari Raya Adil Adha Hari ni Alisa 2 Bulan 18 Hari
A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on
Foto: Instagram Alisa Aisyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

