Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, syukur dan terharu apabila menerima penghargaan sebagai Ikon Ibu Mudasempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.
Anugerah berupa sijil, selempang dan sejambak bunga itu disampaikan oleh isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin, serta disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 31, turut terkejut apabila dimaklumkan sebagai penerima anugerah tersebut.
“Pada awalnya, saya macam tidak percaya jadi saya tanya pada pengurusan, mereka mengatakan memang betul saya diberi anugerah (Ikon Ibu Muda). Saya cukup gembira dan ia perasaan yang tidak dapat digambarkan.
“Sudah tentu saya rasa lebih ramai yang layak (menerima anugerah itu) tapi mungkin ini rezeki saya dan juga anak-anak. Saya betul-betul speechless dan mengharapkan semoga saya menjadi ibu yang baik selepas ini.
“Saya percaya saya pun pasti banyak kekurangan dan tidak sempurna sebagai seorang ibu, tapi dengan adanya penghargaan seperti ini, sudah tentu saya mahu buat yang terbaik untuk menjadi ibu terbaik.
“Semangat yang saya dapat untuk meneruskan kehidupan sebenarnya daripada anak-anak saya juga,” katanya, petik Berita Harian.
Ads
Anak Perlukan Kasih Sayang Lebih Dari Segalanya
Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, Bella turut berkongsi pandangan kepada golongan ibu muda, khususnya ibu tunggal yang bekerjaya, untuk sentiasa mencari ruang dan masa untuk bersama anak-anak.
“Mungkin saya belum berkelayakan sepenuhnya (untuk memberi nasihat) sebab saya pun (ibu) muda tapi sedikit sebanyak saya boleh berkongsi.
Ads
“Sejujurnya bila kita sudah menjadi seorang ibu, kita akan melebihkan anak-anak kita.
“Sebenarnya apa yang mereka perlukan adalah kasih sayang dan sebagai ibu seperti saya ini, di mana saya juga seorang bapa, saya mengutamakan masa kerana untuk anak-anak saya, kewangan bukan keutamaan kerana di usia kecil mereka ini, mereka perlukan bonding time.
“Sebab itulah masa (ketika anak-anak masih kecil) macam ini sangat berharga. Apabila membesar, mereka akan ingat walaupun saya sibuk mencari rezeki.
Ads
“Tetapi mereka nampak kesungguhan ibu mereka untuk terus selit masa, menggembirakan dan meluangkan masa bersama mereka,” katanya lagi.
“Terus Mara Ke Hadapan, Serahkan Segalanya Pada Allah.”
Dalam pada itu, Bella turut menyeru agar semua ibu muda terus cekal dan tidak mudah menyerah, khususnya dalam membesarkan anak-anak.
“Kita harus sentiasa mara ke depan dan jangan terlalu memikirkan apa yang akan terjadi kerana itu bukan urusan kita. Kita hanya lalui proses ini dengan tawakal dan berlapang dada.
“Selepas itu, kita serahkan kepada Allah. Apa yang penting kita nikmati setiap detik buat masa ini, apa yang ada dengan kita, kita bersyukur… itu adalah kunci utama,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ingin rasai pengalaman berada di set penggambaran dunia pasca apokaliptik sama seperti drama popular Hollywood, The Last Of Us musim kedua? Anda kini tak perlu pergi jauh.
Ini kerana, Astro selaku peneraju kandungan dan hiburan utama Malaysia, bersama Max, perkhidmatan penstriman terkemuka dari Warner Bros. Discovery, membawakan satu pengalaman imersif buat semua di ibu kota.
Kwai Chai Hong yang juga lorong bersejarah di Chinatown, Petaling Street, Kuala Lumpur kini berubah seperti medan tempur Pedro Pascal dan Bella Ramsey menentang serangan mangsa wabak berbahaya.
Bermula 1 hingga 11 Mei ini, Astro dan Max bekerjasama dengan artis tempatan Akid One dan Daphy untuk menghasilkan mural yang menggambarkan tema-tema The Last Of Us musim ke-2.
Direka untuk menarik perhatian para peminat serta pengunjung, pengalaman ini dilengkapi dengan efek bunyi dan pencahayaan sinematik untuk mempelawa orang ramai menyelami dunia yang diinspirasikan daripada musim terbaru siri ini.
Selain itu, para pelanggan Astro turut berpeluang menebus barangan eksklusif The Last of Us musim kedua menerusi aplikasi MyAstro dan Astro dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Kwai Chai Hong selagi stok masih ada (tertakluk pada terma & syarat).
Terdahulu, selepas hampir lima tahun, siri yang memenangi anugerah Emmy ini kini kembali dengan menyaksikan Joel dan Ellie yang terperangkap dalam konflik antara satu sama lain, serta dunia yang jauh lebih berbahaya berbanding sebelumnya.
Selain Pedro dan Bella, The Last Of Us musim kedua ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Gabriel Luna, Rutina Wesley, Kaitlyn Dever dan Isabella Merced.
Strim episod terbaharu The Last of Us musim kedua pada setiap hari Isnin (sama seperti waktu tayangan di Amerika Syarikat) di Max dan di kaca televisyen melalui HBO (saluran 411) atau menerusi Astro On Demand.
Manakala episod terakhirnya pula akan menemui anda pada 26 mei ini.
Mulai 24 Mei hingga 30 Jun 2025, para pelanggan Astro yang baru melanggan Max akan menikmati diskaun 50% daripada harga langganan tahunan biasa untuk pelan Max Standard atau Max Ultimate.
Para Para pelanggan Astro boleh mengubah suai pakej mereka dengan mudah melalui
penambahan lebih 14 aplikasi penstriman popular termasuk Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi.
Mereka juga boleh membuat perubahan langganan mereka dengan mudah melalui aplikasi MyAstro, sama ada untuk
mengemas kini pakej, menukar antara penambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih yang baharu, pada bila-bila masa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert minggu kelima Big Stage Alpha menyaksikan tiga peserta yang meraih markah terendah iaitu Afiq Sky, Allan Andersn dan Awienit terselamat daripada penyingkiran.
Mengulas mengenai perkara tersebut, ketua juri, Datuk Syafinaz Selamat memaklumkan keputusan untuk tidak mengadakan penyingkiran pada minggu ini dibuat oleh pihak produksi.
“Itu adalah keputusan daripada pihak produksi. Kalau anda lihat markah-markah daripada pihak juri, Afiq Sky, Allan Andersn dan Awienit berada di tiga terendah.
“Mereka tidak memberikan yang terbaik pada minggu ini sama ada daripada tugasan solo atau berkumpulan,” katanya kepada MH.
Sementara itu, pesersa asal Singapura Izat Ibrahim terus mencipta sukses untuk berada di tangga teratas dua minggu berturut-turut selepas meraih markah tertinggi 83.70%.
Dalam pada itu, Syafinaz akui kurang berpuas hati dengan persembahan berkumpulan daripada Alpha Ultra yang disifatkan seperti tiada persefahaman dan kurang komunikasi.
“Bila mereka bermula daripada enam dan kini lima peserta, kita nampak mereka agak bergelut dari segi komunikasi. Bila mereka tak biasa secara berkumpulan, agak susah untuk serasi.
“Ada diantara mereka punyai energi yang dan tinggi dan rendah. Kita kena berjumpa di tengah-tengah. Saya rasa mereka tak sedar perkara itu.
“Mungkin mereka susah nak bekerjasama atau ada perbezaan dari segi ilmu muzik. Ada diantara mereka seakan susah nak beri kerjasama,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Syafinaz turut memberi amaran kepada para peserta untuk tidak mengambil mudah tugasan persembahan berkumpulan yang menyumbang markah sebanyak 60 peratus.
“Saya harap mereka sedar bahawa markah berkumpulan ini sangat besar. Jika melihat kepada Allen, saya beri 80 markah untuk persembahan solo.
“Bila dicampurkan dengan markah berkumpulan, markahnya jadi sangat rendah. Kehebatan tugasan solo tidak menjanjikan sama ada anda terus berada di atas atau tidak tersingkir.
“Kena hati-hati. Masih ada peserta yang hanya beri perhatian terhadap persembahan solo,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenama mewah kontemporari, Amber kini memperkenalkan Amber Oasis Abaya, iaitu koleksi edisi terhad yang merangkumkan ‘siluet avant‑garde’ dengan sentuhan warisan Muslimah.
Keseluruhan rangkaian menekankan identiti Amber sebagai peneraju busana modest berkelas tinggi di Malaysia, dengan menampilkan empat jenis abaya iaitu Madeena, Arora, Jumaira dan Sahara.
Harga bermula daripada RM199 untuk Sahara hingga RM329 bagi Madeena, setiap helaian disulam perincian eksklusif, ditawarkan dalam palet lembut baby blue, maroon dan gold hingga rona berani midnight blue dan copper brown.
Setiap rekaan dihadkan kepada 500 unit sahaja, lengkap dengan kotak hadiah berlapik sutera, sijil keaslian bernombor dan e‑pass pratonton di Kuala Lumpur Fashion Week 2025, September depan.
Malah difahamkan, kesemua koleksi berkenaan menerima reaksi yang baik pelanggan dan ia sudah pun hampir habis terjual!
Pelancarannya pada Rabu lalu di GlassHouse Seputeh, Kuala Lumpur turut diserikan dengan perlantikan pelakon iaitu Nora Danish, Amira Othman dan Amyra Rosli sebagai wajah wakilan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, Amber bukan sekadar jenama, tetapi ia adalah lambang kepada keyakinan dan keanggunan wanita Muslimah moden.
“Kerjasama kami bersama tiga selebriti ini bukan sekadar kempen pemasaran, tetapi adalah usaha strategik untuk mendekatkan jenama dengan pengguna yang mengidolakan mereka.
“Nora Danish yang sinonim dengan gaya sofistikated mewakili kemewahan Madeena, Amira Othman berpersonakan aura feminin Jumaira manakala Amyra Rosli menzahirkan sisi berani dan moden Arora.
“Kesemua figura ini mencerminkan nilai elegan, yakin dan menghormati gaya hidup Muslimah kontemporari yang dibawa jenama ini,” katanya.
Selain potongan versatil Sahara yang paling mampu milik, daya tarikan terbesar koleksi ini terletak pada perincian kemasan premium serta peluang menyertai majlis pratonton eksklusif di KL Fashion Week sebagai nilai tambah pembelian.
Dengan kombinasi rekaan kontemporari, warisan Islami dan strategi pemasaran berwajah selebriti, Amber sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai jenama pilihan wanita Muslimah yang mendambakan busana mewah, anggun dan selesa.
Terdahulu pada majlis sama, penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah turut membuat penampilan menghiburkan tetamu menerusi beberapa buah lagu, selain pertunjukan fesyen bagi koleksi berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.