Drama rantaian Nur 2 yang sedang rancak menjalani penggambaran turut memberi ruang buat para pelakonnya untuk memberikan dedikasi terhadap rakan pelakon lain.
Azhan Rani yang mendukug watak Ustaz Hamadi ada merakam kembali momen dirinya beraksi buat kali pertama dengan pelakon veteran, Noryati Taib.
Pada sama, pelakon itu turut memuji keberkesanan watak Noryati menerusi drama rantaian terbaru ini meski sedang bertarung dengan penyakit kronik.
“Syukur kepada Allah yang memberikan kesempatan ini..perhatikan sosok tubuh ni walaupun dah makin kurus tak macam yang selalu kita biasa tengok di kaca tv dulu tapi masih mampu tersenyum..inilah @makuda_yati kali terakhir 2 tahun sudah kami bekerjasama dalam drama ramadhan berjudul #budakijat.
“Saat itu beliau masih gagah lagi walaupun sedang bertarung dengan penyakit kencing manis.. sudah mampu berjalan dengan kaki palsu.. yang merindukan @makuda_yati di kaca tv jangan lepaskan menonton #nur2 nanti,” tulisnya.
Ads
Pada masa sama, Azhan turut membayangkan watak yang dibawa pelakon lama itu berbeza dari kebiasaannya.
“Kali ini watak beliau lain dari yang lain.. lupakan makcik petir.. persembahan dia kali ni lain dan sangat menyengat.. saya berkesempatan tonton sedikit priview scene beliau.. tak banyak scene kami bersama dalam #nur2 ini.
Ads
“Namun hari ni dapatlah melepas rindu.. mohon yang menyayangi @makuda_yati ini sama2 doakan beliau terus ceria, kuat dan terus tabah menjalani hari2 beliau dan semoga mampu terus melepaskan rindu dan mencurahkan bakat beliau dalam drama tv dan filem.
“Semoga juga ketabahan dan ujian beliau menjadi ingatan dan panduan untuk kita agar mampu setabah dia andai tiba giliran kita diuji nanti.. we love you @makuda_yati,” kongsinya menerusi foto bertiga yang dikongsi menerusi Instagram.
Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Noor Khiriah ada berkongsi nasihat kepada netizen khususnya kaum wanita yang mahu berubah kearah kebaikan.
Perkara itu juga telah menarik minat netizen untuk mengetahui lebih mendalam mengenai setiap posting yang dikongsikan Khiriah di akaun Instagramnya.
“Sesiapa pun boleh berubah..namun istiqomah dlm perubahan tidak semua yg bjaya..maka ssama kita doakan..jgn pandang org lain mcm ke neraka,kita mcm ke syurga..
“semua ni PENDOSA tmasuk akak..suka x suka itulah kita..Assalamualaikum,” tulisnya.
Pelakon Tiz Zaqyah telah menulis satu twit yang berunsur negatif menerusi akaun Instagram miliknya.
Aktres yang pernah membintangi dalam drama Nur Kasih itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah syarikat produksi.
“Tak faham lah production yang janji pasal payment. Kalau tak ada duit, ada masalah, bagitahu. Bukan buat semua orang menunggu. Tak kesian ke orang kerja 8 pagi ke 8 pagi???” tulisnya.
Lantas, kata kata Tiz itu menjadi perhatian netizen dan rakan rakan artis. Malah menasihati Tiz untuk sentiasa bersabar dan bertenang.
Kepada Tiz, semoga semua urusan Tiz dapat diselesaikan dengan cara dan dipermudahkan.
Foto : Twitter Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelawak terkenal, Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman ada berkongsi kisah penghijrahannya menyarungkan hijab pada pertengahan bulan lalu.
“Bermula episod baru ,tak la niat tulis utk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi .sebenarnya niat dah lama .dan dah lama sy kumpul tudung .tapi biasala iman kita turun naik ,kadang tengok org cantiknya bertudung .tapi bila pakai rasa mcm tk yakin..
“MashaAllah bukan mudah istiqamah tu .tapi satu masa tu hampir setiap hari ,sy selalu dlm keadaan resah .klu kemana mana mesti otak pikir klu eksiden mati mcm mna .sampaikan setiap hari mimpi kiamat,” tulis Syaheera.
“Mimpi family satu satu tinggalkan sy .sy selalu crita dgn fad sy mimpi buruk tapi without no reaction from him sy jdi trtanya tanya kenapa rsa ni buatkan sy resah tk brhenti pkir .sampai la satu hari tu sy dpt satu mimpi yg mmg sy tkot utk terima,”tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak itu juga ada berkongsi cerita mengenai mimpi yang dialaminya.
“Sy mimpi sy mati tinggalkan anak2 .bila bangun rasa sedih rasa sayu .sebab kita yg setiap pagi mandikan anak2 ,siapkn anak2 pegi school ,hantar school ,balik masak utk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tk lapar .tapi klu sy tkda nt sapa yg akan buatkan semua tu(jgn berani nak kahwin lain) .
“Anak2 sapa yg akan uruskan .takut sgt walhal jalan yg Allah tulis kita kena redha terima semuanya .lama sy cri apa sebenarnya yg Allah nk tunjukkan .pernah dkt satu tmpt tu sy msuk dlm keadaan aurat tk sempurna utk solat ,dan banyak mata yg pandang pelik .tapi abaikan sbb Allah tau niat kita.
“Lepas solat sy akan baca alquran yg ada terjemahan supaya sy dpt cri apa yg kurang dlm diri .sy selalu refer kwn2 .salah sorangnya @syashamsul .dia slalu ckp slow slow .bukannya nk ckp pakai tudung ni kita dh jdi ckup baik ckup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yg lebih baik .
“Takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la utk cari kesempurnaan tu .takda paksaan dri suami tpi kenapa kita sbg isteri tk boleh korbankan benda tu .satu ceramah yg sy dgr dri youtube ,tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yg tidak menutup auratnya,” tulis Syaheera lagi.
Tambah Syaheera lagi, dia masih belajar untuk menutup aurat dengan sempurna sebagai Muslimah sejati.
“Sy masih belajar dan belum sempurna menutup aurat .moga ada yg dpt bimbing sy .ramai sgt yg dm yg whatsapp ,semuanya bgi semangat .tktau nak ckp rasa tu mcm ramainya yg syg kita sebenarnya .
“19 jan hari first sy bertudung sepenuhnya .satu rasa yg tktau nk gmbrkan tapi hati tu rasa lapang .rasa luas .rasa lega .doakan sy terus istiqamah,” akhiri Syaheera.
Foto : IG Fad & Syera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.