Pelakon senior, Didie Alias mengakui sepanjang lebih 30 tahun terlibat dalam seni, dirinya kini lebih kuat malas sudah ‘kebal’ dengan segala kritikan dan kecaman yang diterima.
Kongsinya kini, pengalaman lalu banyak mengajar dan pastinya, pada usia sekarang dia tidak mahu lagi memikirkan perkara remeh-temeh sebaliknya fokus terhadap kerjaya demi keluarga.
“Terima kasih atas segala kutukan, hencapan daripada you all ya. Rasanya itu adalah ‘doa’ dan rasanya sekarang saya sudah kebal kalau nak kata saya itu dan ini.
Ads
“Lebih baik fikir hal yang berfaedah dari nak fikir apa yang orang kata sebab nanti tak kan kemana. Kritik atau pujian, saya ucapkan terima kasih sajalah.
“Doakan saya agar terus berada dalam seni. Dah lebih 30 tahun dalam seni selepas sertai Dewi Remaja. Harap masih lagi diterima dalam bidang ni insyaAllah,” katanya.
Penyampai radio Hot FM, Ajak Shiro atau lebih gemar dikenali sebagai Ajak sebelum ini telah mengumumkan untuk tidak lagi mahu menjadi penyampai radio di Hot FM pada pertengahan Januari yang lalu.
Terbaru Ajak telah memuat naik beberapa keeping gambar dan video di akaun Instagram miliknya untuk berkongsi moment hari terakhir berada di konti radio.
“Sahabat tu beza dengan kawan, dan mereka ini sahabat Baba.. Last day Baba dengan GPH…Terus support diorang ye guys. @shuk_hotfm @fizie_hotfm .#gengpagihot #salamdarikonti #lastday#sayaajakdansayatidaksombong”tulisnya.
Malah Ajak juga turut meluahkan rasa berterima kasih kepada rakan penyampai radio yang lain seperti Syuk dan Fizie kerana sentiasa membantu dan menyokong Ajak sepanjang bergelar sebagai rakan penyampai radio.
Pelakon Fasha Sandha yang bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Aidil Aziz baru sahaja memuat naik sedutan rakaman video pra perkahwinan mereka.
Meski tidak berapa gemar berlakon di daam video pra perkahwinan, Fasha akhirnya akur atas permintaan dengan syarat.
“Kisah Kami yang bahagia dalam kesederhanaan. Saya sebenarnya kurang gemar Prewedding Video, dulu pun tiada prewedding video. Memandangkan ini adalah permintaan , jadi saya tunaikan, dengan syarat.. simple2 je,” tulis Fasha.
Video hasil CST Production yang dikembangkan ideanya menerusi hasil perbincangan itu merakamkan Fasha dan Aidil berada dalam suasana desa.
“Tak perlu terbang jauh2.. tak perlu kos yang tinggi dan tak perlu masa yang panjang.
“Alhamdulillah, ini adalah idea saya , nukilan saya, yang ditajamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. Tak sabar nak tengok hasilnya…
Ini dunia saya sekarang… keluarga. Ini segala galanya buat saya sekarang,” kongsi Fasha yang turut memberi kredit kepada semua pihak terlibat.
Turut sama kelihataan di dalam sedutan video berkenaan ialah dua anaknya, Rayfal dan Jemyma.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).