Pemergian komposer yang cukup akrab dengan lagu-lagu berentak Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih sinonim dengan panggilan Pak Ngah di Batam, Indonesia pada petang Selasa nyata mengejutkan ramai pihak.

Lalu, penggiat seni muzik dan peminat terus menitipkan doa dan dedikasi buat komposer terkenal itu.

Bagai terkenang kembali memori, beberapa nama figura seni suara tempatan turut bermain di fikiran apabila lagu-lagu hasil gubahan Allahyarham sememangnya kekal malar segar sehingga ke hari ini.

Istimewa, ini dia antara sorotan kejayaan Allahyarham yang mungkin tidak boleh dilupai pencinta seni tanah air sampai bila-bila.

IKLAN

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahman dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

– Namanya kian dikenali apabila menerbitkan album Noraniza Idris yang mencipta fenomena terhadap irama Malaysia, Ala Dondang sekitar tahun 1997.

IKLAN

– Dua tahun selepas itu, namanya kekal menjadi sebutan ramai apabila menjadi komposer dan penulis lirik terawal yang ‘membawa’ tiga buah lagu bertanding di Anugerah Juara Lagu untuk kategori Irama Malaysia.

– Lagu Hati Kama duet antara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris yang dimuatkan menerusi album Seri Balas kekal menjadi antara lagu duet Irama Malaysia yang ikonik dan menjadi siulan pelbagai peringkat usia.

IKLAN

– Album ketiga Siti Nurhaliza iaitu Cindai yang diterbitkan Allahyarham turut merekodkan hasil jualan yang cukup sukses sepanjang tahun 2000. Malah lagu berkenaan juga turut diangkat sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu.

– Selain Noraniza, Siti Nurhaliza juga menjadi antara penyanyi yang sinonim terhadap lagu Irama Malaysia yang dihasilkan Allahyarham. Antaranya ialah Balqis, Ya Maulai, Nirmala dan Kurik Kundi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI