Penyanyi Indonesia, Tegar Septian mendedahkan perkahwinannya dengan Sarah Sheilka Kamilia yang dibina pada Mac 2020 sudah berakhir.

Tegar, 21, menerusi Instagram (IG) Story pada Selasa, tampil membuat pendedahan mengenai keruntuhan rumah tangga, namun, tidak berkongsi tarikh perceraian.

Katanya, dia mengalami depresi akibat sukar mencari wang sehingga menyebabkan tubuhnya menjadi kurus.

Bekas Isteri Pula Dedah Tegar Sering Meminjam Wang, Buka Cerita Tentang Penceraian Bekas Isteri Pula Dedah Tegar Sering Meminjam Wang, Buka Cerita Tentang Penceraian

“Aku sudah tidak bersama Sarah lagi. Aku sudah terlalu penat. Dan, aku berjanji tidak mahu terulang lagi seperti ini,” tulisnya.

Ujarnya, dia dan isteri kelihatan romantis dalam media sosial, namun, hakikatnya ramai tidak tahu kerunsingan berdepan dengan pelbagai tekanan.

“Aku memang manusia tidak sempurna. Kalau anda mahu tahu, aku tertekan memikirkan banyak hal. Sekali lagi, mulai detik ini, aku sudah tidak sama Sarah lagi.

IKLAN

“Aku memilih untuk hidup baharu dan bermula dengan kosong,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu.

Bekas Isteri Pula Dedah Tegar Sering Meminjam Wang, Buka Cerita Tentang Penceraian Bekas Isteri Pula Dedah Tegar Sering Meminjam Wang, Buka Cerita Tentang Penceraian

Penyanyi terkenal Indonesia itu juga mendedahkan dia tidak betah apabila terpaksa duduk di rumah.

“Kalian harus tahu, aku selalu berada di rumah sahaja. Jujurnya, aku orang yang tidak betah duduk di rumah.

IKLAN

“Aku jadi kurus terlalu banyak berfikir. Sukar cari duit membuatkan aku benar-benar depresi,” tulisnya.

Sementara itu, di IG Story bekas isteri Tegar, Sarah mendedahkan sikap bekas suaminya yang dikatakan sering meminjam wang daripada orang terdekat untuk membayar kos rumah dan sebagainya.

Bekas Isteri Pula Dedah Tegar Sering Meminjam Wang, Buka Cerita Tentang Penceraian Bekas Isteri Pula Dedah Tegar Sering Meminjam Wang, Buka Cerita Tentang Penceraian

Bukan itu sahaja, Tegar juga didakwa menggunakan nama isteri dan anaknya untuk meminjam wang sedangkan mereka sekeluarga masih mempunyai wang simpanan dan ianya mencukupi untuk kegunaan harian.

IKLAN

“Saya membaca di WhatsAp dan DM Instagram, dia sering meminjam duit dengan orang terdekat dan menggunakan alasan untuk digunakan kepada isteri dan anak.

“Untuk apa kami meminjam duit sedangkan duit simpanan kami masih ada, Tegar sendiri tahu perkara itu,” tulis Sarah.

Selepas berpisah, wang tabungan tersebut telah dibahagi sama rata dan Sarah memaklumkan sudah tidak mahu bertanggungjawab jika ada sesiapa yang bertanya perihal Tegar selepas ini termasuk tindakan bekas suaminya yang meminjam wang dengan alasan melibatkan ahli keluarga.

Bekas peserta Big Stage 2022 itu mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.  Klik di sini. 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI