Penyanyi, Stacy Anam menafikan dakwaan yang mengatakan single terbaharunya yang berjudul ‘Menyala’ merupakan respon balasnya selepas terpalit kontroversi penarikan diri daripada sebuah konsert, baru-baru ini.
Menurut Stacy, lagu yang turut menerapkan elemen negeri Sabah itu sebenarnya telah dihasilkan sebelum kontroversi tersebut tercetus.
“Sebenarnya, lagu ini sudah dihasilkan sebelum isu kontroversi itu terjadi. Jika ada pihak yang merasakan saya seperti mahu bersaing, pada saya, itu juga merupakan sebahagian daripada penceritaan.
“Bila isu tersebut terjadi, ada baik dan buruknya juga. Saya hanya berfikiran positif dalam apa juga hal yang mendatang.
“Beginilah dunia hiburan. Saya okay sahaja dengan apa juga persepsi yang dibuat oleh orang luar. Yang penting kita sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya kepada MH.
Isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan muzik video lagu ‘Menyala’ yang berlangsung di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Malah, Stacy turut menjelaskan elemen Sabah
ini sememang sudah sinonim dengan karya-karyanya sejak pertama kali menceburkan diri di dalam dunia seni.
“Kalau anda perasan, sejak daripada 2009, saya keluar dengan lagu ‘Pakai Buang’. Dari situ, saya sudah mula meletakkan signatures iaitu elemen Sabah. Dalam lirik lagu itu ada dialek Sabah.
“Malah, menerusi lagu Kasanova, saya selitkan tarian Sumazau. Jadi, untuk perkara seperti ini, ia bukan baharu buat saya untuk tunjukkan budaya saya sebagai trademark.
“Saya selesa dengan imej seperti ini. Ia melambangkan diri saya. Itu yang membezakan saya dengan orang lain.
Ads
“Mungkin orang lain ada cara yang tersendiri namun, untuk genre rock dan dance ini, saya suka bila ada karakter asli saya dalam setiap karya yang dihasilkan,” katanya lagi.
Menyala merupakan percubaan pertama Stacy untuk keluar daripada zon selesa dan menghasilkan sepenuhnya karya ciptaannya sendiri.
Katanya lagi, inspirasi untuk menghasilkan lagu ini tersebut selepas melihat sokongan peminat sewaktu bertanding di program The Hardest Singing Show (THSS).
Ads
“Lagu ini siap dicipta selepas tamat program THSS pada bulan Jun. Ketika di program tersebut, memang saya sendiri yang menyusun dan menggubah lagu.
“Saya memang di dalam momentum untuk menghasilkan muzik dan lagu. Malah, di THSS, saya ada buat persembahan bertemakan Sabah.
“Jadi, ia sangat berkait rapat daripada THSS sehinggalah terhasilnya lagu ini. Saya ingin berterima kasih dengan perjalanan yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.
“Perjalanan itulah yang merealisasikan lagu ‘Menyala’,” akhirinya.
Sekadar informasi, Menyala merupakan kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertainment yang sudah berada di semua platform digital dan penstriman.
Muzik video Menyala pula boleh ditonton bermula 5 Disember di saluran Youtube Sony Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Pelawak dan hos, Ajak Shiro berkongsi memori tak ternilai dari isteri, Nur Afifah binti Amin sewaktu diberitakan pemergian pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus.
Cerita si isteri, sewaktu dia berusia tujuh tahun, dia pernah bertemu Allahyarham Ismail Kamus yang pada ketika itu arwah sedang menyampaikan ceramah di daerah Kluang.
Jelasnya, masih segar dalam ingatan akan keperibadian arwah yang pandai mengambil hati kanak-kanak dan turut diajak berbual.
“Isteri saya bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
“Ketika isteri saya kecil, waktu itu dia berusia 7 tahun, isteri saya pernah bertemu Beliau.
“Ustaz ceramah di daerah Kluang waktu itu. Isteri saya diriba dan bersembang dengan beliau. Pandai ambil hati kanak-kanak.
“Segar dalam ingatan Isteri saya hingga hari ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama insan yang beriman dan ketika kita kehilangan insan seperti ini, sememangnya itu adalah musibah bagi kita.
Terdahulu, pendakwah terkenal dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa selain memberi penghormatan terakhir buat pendakwah terkenal negara itu. Al-Fatihah.
Foto : Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini.
“Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.
“Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” jelasnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Aniq menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram, petang Khamis.
Sementara itu, Aniq turut memaklumkan bakal membuat laporan polis mengenai hal yang berkaitan.
“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang.
“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!