Bulan Ramadan bakal menjelang lagi beberapa hari, dan sudah pastinya sebagai umat Islam, persediaan daripada segi fizikal dan kerohanian harus diambil kira supaya segala amalan diberkati Allah SWT.

Yatt Hamzah menerusi laman Instagram menyenaraikan lapan langkah untuk menyambut bulan puasa.

Jelasnya secara ringkas, kesihatan merupakan aspek paling penting agar tidak terlepas peluang melakukan ibadat dan mengumpul sebanyak mungkin pahala.

Malah tambahnya lagi, umat Islam harus mengambil tahu amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan dan menanam keazaman untuk melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan.

“HARI INI ISNIN 26 SYAABAN 1441H, 20 APRIL 2020. LAGI 4 HARI SEBELUM RAMADHAN TIBA. BERSEDIAKAH KITA?

“PELUANG NAK BUAT JUTAAN PAHALA DAH NAK TIBA..

Mari kita rebut peluang ini!

Nah Bonda bg CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN:

“1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

IKLAN

“2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

“3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

“4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂

“5. Sentiasa berdoa ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN

“6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan

IKLAN

“7. Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan di socmed.

“8. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.

“Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya.

“Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.

KITA BAGAIMANA?

IKLAN

@wardahsyaukah.my

JOM SHARE * TAG CHECKLIST DI ATAS.

“KOMEN JOM”

#YATTMENGAYAT #RAMADHAN,” kongsinya.

View this post on Instagram

HARI INI ISNIN 26 SYAABAN 1441H, 20 APRIL 2020. LAGI 4 HARI SEBELUM RAMADHAN TIBA. BERSEDIAKAH KITA? . . PELUANG NAK BUAT JUTAAN PAHALA DAH NAK TIBA.. Mari kita rebut peluang ini! Nah Bonda bg CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN😍❤ . 1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh. . 2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia. . 3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa. . 4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂 . 5. Sentiasa berdoa ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN 6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan . 7. Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan di socmed. . 8. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan. . . Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. KITA BAGAIMANA? @wardahsyaukah.my JOM SHARE * TAG CHECKLIST DI ATAS. "KOMEN JOM" . #YATTMENGAYAT #RAMADHAN

A post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on

Selamat menyambut bulan Ramadan.

Foto : Instagram Yatt Hamzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI