Semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akhirnya mengumumkan nama anak perempuan mereka setelah seminggu berteka-teki dengan peminat.

Siti Aafiyah Khalid. Sedap betul nama itu, MH juga turut difahamkan bahawa maksud nama itu adalah yang baik-baik malah Datuk K mendapat ilham nama tersebut semasa di Mekah. Allahu.

Baru Umum Nama, Siti Aafiyah Khalid Trending Di Twitter

Apa yang menarik perhatian MH adalah sebaik sahaja Siti mengumumkan nama anaknya itu, terus #SitiAafiyahKhalid trending di Twitter.

Baru Umum Nama, Siti Aafiyah Khalid Trending Di Twitter

IKLAN

Dalam pada itu, netizen juga turut memberikan ucapan tahniah kepada Siti atas kelahiran puteri sulungnya itu.

Baru Umum Nama, Siti Aafiyah Khalid Trending Di Twitter

Ada juga netizen yang memuji nama Aafiyah yang ‘simple but nice’ itu.

IKLAN

Baru Umum Nama, Siti Aafiyah Khalid Trending Di Twitter

Baru Umum Nama, Siti Aafiyah Khalid Trending Di Twitter

Sementara itu, ada juga netizen yang bergurau mengatakan bahawa kemungkinan besar selepas ini nama Siti Aafiyah akan ‘popular’ di Malaysia.

IKLAN

Baru Umum Nama, Siti Aafiyah Khalid Trending Di Twitter

Pada MH memang sedap nama Siti Aafiyah itu dan mudah untuk disebut. Kalau kita tengok sekarang ini nama anak-anak kebanyakan semua nak yang ‘bombastik’ sahaja.

Apa-apapun,di kesempatan ini, MH juga ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Siti dan keluarga atas kelahiran orang baru yang dinanti-nanti 11 tahun lamanya. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah.

sumber: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI