Penyanyi Shila Amzah memaklumkan anaknya Seth Uwais telah disahkan mengidap autism tahap satu.

Perkara itu dikongsikan oleh Shila menerusi sebuah hantaran di Instagram selepas menjalani pemeriksaan di hospital pada pagi Selasa.

Menurutnya, dia sudah menjangkakan perkara tersebut dan akan meneruskan prosesnm terapi bersama pihak hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Saya baru sahaja pergi ke hospital bersama Ubai dan Seth Uwais. Jadi, Seth telah didiagnosis autism tahap satu.

“Saya pun sebenarnya dapat merasakan sama ada austism atau ADHD. Doktor nasihat untuk teruskan terapi sebab Seth kini masih menjalani ABA Therapy,” katanya.

“Baru Saja Pergi Hospital…,” – Anak Didagnos Autism Tahap 1, Shila Amzah Pohon Doa

Dalam pada itu, penyanyi lagu Memori Tercipta ini juga berjanji akan berusaha memberikan pendidikan yang terbaik buat anaknya itu.

“Dia juga perlu dihantar ke sekolah yang menerima kanak-kanak autism. Bila sudah disahkan, senanglah kita nak tahu apa yang boleh atau tidak boleh dibuat.

IKLAN

“Sebagai ibu bapa, ada macam-macam cara untuk kita didik anak-anak,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, isteri kepada pempengaruh Ubai ini turut memohon doa orang ramai agar urusan anaknya itu akan sentiasa dipermudahkan.

“Baru Saja Pergi Hospital…,” – Anak Didagnos Autism Tahap 1, Shila Amzah Pohon Doa

“Doakan semoga Seth boleh membesar dan belajar dengan baik. Doakan juga kami sebagai ibu bapa yang harus menjaga anak autistik ini.

IKLAN

“Semoga kami boleh menjaga dan mendidik Seth dengan baik. Itu sahaja saya dan Ubai harapkan,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan doa dan memberikan kata-kata semangat buat Shila dan suami.

“Semuanya akan baik-baik sahaja. Kak juga ada seorang anak autistik. Bakal menginjak usia 12 tahun. Melalui terapi, kasih sayang yang tak berbelah bahagi dan dedikasi, semuanya akan okay,” komen pelakon Catriona Ross.

“Anak syurga. Seth anak yang pintar. Akan menjadi kebahagiaan ibu dah ayah. Saya suka dengan energi positif awak. Semoga dipermudahkan urusan keluarga kecil ini,” balas pelakon Fasha Sandha.

IKLAN

“Anak yang bijak. Aunty Liza doakan semua yang baik-baik untuk Sethie. Awak akan buat yang terbaik,” kata penyanyi Liza Hanim.

“Kami semua sayang kamu anak pintar,” balas penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi.

“Baru Saja Pergi Hospital…,” – Anak Didagnos Autism Tahap 1, Shila Amzah Pohon Doa

Sekadar informasi, Seth Uwais merupakan anak daripada perkahwinan pertama Shila bersama Haris Edraki pada 2018 namun, hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada 2022.

Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial Ubai pada 5 Ogos 2023.

Mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI