Kongsi bakal ibu ini, dia baru sahaja keluar rumah selepas sekian lama atas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan di seluruh negara sejak bulan lalu.
Malah jelasnya lagi, dia masih belum berani dan sebolehnya tidak mahu berada di luar rumah terlalu lama.
Ads
“Ada ni… baru keluar rumah setelah sekian lama. Beli barang dapur kejap terus laju-laju nak balik rumah.
“Masih tak berani dan tak mahu nak berada kat luar tu lama lama.
Ads
“Berbuka apa kita hari ni? Kami makan Nasi Minyak dari @dcengkih_ttdi #StayHome #StaySafe and Lots of Love!,” tulis isteri kepada Fattah Amin ini.
“Bila suami jemur kain, syukur sangat-sangat sebab membantu.
“Tapi bunga rosaklah,” tulisnya.
Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan Shuib bukan sahaja menjemur kain di ampaian, malah dia turut meletak pakaian tersebut di atas pokok-pokok bunga kepunyaan Sarah di balkoni rumahnya.
Entri berkenaan ternyata menarik perhatian umum selepas meraih lebih 300,000 tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah pasangat tersebut malah turut memuji Shuib yang ringan tulang membantu isterinya itu melakukan kerja rumah.
Sumber: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor telah membuat keputusan untuk tidak pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal tiba pada Ahad depan meski tinggal tidak jauh dari kediaman ibunya.
Jelas Rosyam atau nama penuhnya Mohamed Noor Shamsuddin, dia melakukan perkara tersebut kerana mematuhi arahan yang telah ditetapkan pihak kerajaan.
“VIDEO CALL AJE” ya MAK. Tapi Mak aku tunjuk Sebab #sayangmak Menyahut arahan Kerajaan dan KKM.
“Walaupun rumah mak aku dekat Kg Melayu Subang aje. 10 minit dari rumah aku. Tapi sebab mak dah umur 80 tahun, kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni,” tegasnya.
Selain itu, pengarah berusia 53 tahun ini menjelaskan tindakan tersebut dilakukan demi keselamatan dan kebaikan semua orang.
“Sebab Gantung Banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang.
“Sebab kalau raya rumah mak aku jadi tumpuan beratus anak cucu, anak cucu saudara. Sebab dalam keluarga mak aku dia saja yang masih hidup.
“Jadi anak cucu semua akan datang bertandang.
“Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama InshaAllah ada umur tahun depan kita RayaSakan okey,” tulisnya.
Pada masa yang sama, netizen memuji sikap tegas Rosyam yang patuh terhadap undang-undang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Untuk maklumat, pihak kerajaan telah menetapkan syarat tidak membenarkan rakyat merentas negeri atau pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi menghindari peningkatan kes positif Covid-19.
Foto: Instagram Rosyam Nor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemergian seorang anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang meninggal dunia dipercayai akibat dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas cukup menghibakan.
Penyanyi nasyid, Fakhrul Unic tidak ketinggalan menitipkan ucapan takziah buar keluarga allahyarham dan mendoakan agar arwah diberi keampunan.
“Seorang anggota polis meninggal dunia akibat dilanggar ketika bertugas.
“Takziah buat keluarga arwah. Semoga diberi keampunan dan rahmat kepada beliau.
“Buat keluarga arwah, semoga diberi ketabahan,” kongsinya.
Terdahulu, Koperal Safwan Muhammad Ismail merupakan frontliner yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan penularan pendemik Covid-19.
Menurut laporan, allahyarham meninggal dunia serta merta di tempat kejadian apabila di rempuh sebuah Hilux yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki mabuk di Lebuhraya LEKAS.
Tragedi malang itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi semasa allahyarham sedang bertugas mengawal lalu lintas dalam Ops Covid-19.
Foto : Instagram Fakhrul Unic
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.