Baru mendirikan rumah tangga pada September lalu, khabar duka menimpa penyanyi veteran Salamiah Hassan apabila suaminya, Gerry Hughes, 68, dilaporkan meninggal dunia pagi Jumaat.

Berita memyedihkan itu disahkan sendiri oleh anaknya yang juga merupakan penyanyi Atilia Haron menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.

Baru Dua Bulan Berkahwin, Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

“Kami sekeluarga menerima berita pemergian bapa tiri saya, Gerry Hughes pada hari Jumaat pagi semalam dan ibu saya, Salamiah Hassan sedang dalam perjalanan pulang ke Tasmania,” tulisnya.

Lantaran itu, Atilia turut berharap agar semua pihak dapat memberi ruang buat dia sekeluarga bagi menghadapi satu lagi detik sukar ini.

“Kami harap semua dapat memberikan masa untuk meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Sekian terima kasih. Al-Fatihah,” kongsinya lagi.

IKLAN

Memetik laporan Harian Metro, Atilia memberitahu dia kini masih lagi menunggu perkembangan lanjut daripada ibunya tentang punca kematian arwah bapa tirinya itu.

“Nanti bila mama sampai rumah sana saya maklumkan. Saya nak tunggu mama sampai Tasmania untuk maklumkan kepada kami.

“Mama berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri undangan persembahan,” katanya seperti yang dipetik

IKLAN

Terdahulu, Atilia juga baru sahaja kehilangan bapa kandungannya pada Julai lalu.

Sekadar informasi, Salamiah telah melangsungkan pernikahan dengan Hughes yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia pada 1 September lalu.

Salamiah dan Hughes telah berkenalan sejak 15 tahun lalu dan dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.

IKLAN

Salamiah yang menceburkan diri dalam dunia seni sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM, hidup sendirian sejak kira-kira 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz sejak 1986.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Atilia Haron, Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI