Selain itu, peminat turut berasa teruja apabila menonton rakaman video yang dikongsi oleh Mia.
Ads
Di samping itu, peminat turut memuji wajah Issa yang kelihatan semakin comel dan membesar dengan sihat.
Ads
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Video : Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri tidak mahu memberi komen lanjut mengenai isunya bersama penyanyi Baby Shima yang sebelum ini ada memberi reaksi terhadap single barunya berjudul Cowok Baru.
Lebih seminggu dilancarkan, single yang turut menampilkan Lucinta Luna dan Upiak mendapat reaksi pelbagai pihak.
Ditanya sama ada isu tersebut adalah sebagai satu gimik bagi mempromosikan lagu berkenaan, hero filem Badang ini mempunyai jawapan sendiri.
“Lagu saya dah habis trending pun,” jelas Aliff yang turut mengharapkan fenomena sama di Indonesia terhadap Cowok Baru.
Beberapa hari lalu, Baby Shima menerusi Harian Metro menjelaskan, dia memberikan pendapat selepas ditanya Aliff, meminta komen ramai menerusi media sosial.
Lalu, dia memberikan pandangan secara peribadi tetapi, Aliff didakwa melenting dan turut menyindirnya pula menerusi Insta Stories.
Setakat ini, muzik video Cowok Baru sudah pun ditonton lebih 1.2 juta tontonan di YouTube selepas kira-kira seminggu ia dimuat naik.
Aliff terdahulu ditemui media pada majlis Penjenamaan Semula D’ Herbs Terlajak Laris di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa.
Majlis turut memperkenalkan salah seorang wajah wakilannya, Datin Diana Danielle.
Mengulas mengenai pemilihan aktres tersebut, Aliff bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida sepakat berpendapat personaliti dan persona yang dimiliki bintang beranak dua itu yang kekal bersinar selain memiliki pengikutnya yang tersendiri.
“Datin Diana dipilih sebagai wajah untuk Jus Perawan keluaran kami kerana dia merupakan antara figura yang mewakili isteri dan ibu aktif dan bekerjaya.
“Malah pada masa sama, Diana juga turut mementingkan soal penjagaan luaran dan dalaman,” akhirinya yang turut memaklumkan, D’ Herbs bakal mengumumkan empat lagi selebriti yang akan berkerjasama dengan pihaknya selepas ini.
Menerusi entri terbaru di Instagram, pelakon Zoey Rahman ada tawar diri menjadi ‘kekasih’ untuk disewa.
Maklumnya, ia terbuka untuk lelaki ataupun perempuan.
Malah menerusi ruangan kapsyen, Zoey turut menjelaskan dirinya mampu menjadi kekasih yang setia, penyayang dan sukakan pelukan. Namun, memerlukan perhatian setiap masa.
“7:07 saya nak buat servis boyfriend for rent.
“Pros:
• loyal
• love to talk with elderly (i bet your mother gonna love me or maybe ur father)
• open minded • loves hug.
“Cons:
• overly clingy
• might want your attention all the time
• im Capricorn
.
$100 sahaja. Lelaki perempuan tak kisah,” tulisnya.
10 Fesyen Selebriti Yang ‘Wow’ Di ABPBH 32, Gaya Mana Paling Fans Suka?
Selain barisan pemenang yang menjadi perhatian, tidak dinafikan gaya serta penampilan selebriti yang hadir di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) turut mencuri pandang.
Tidak kira selebriti lelaki mahupun wanita, masing-masing dilihat cuma tampil memukau kala melewati karpet merah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.
Jadi jom kita lihat 10 fesyen selebriti pilihan kami, tapi mana satu yang paling disukai peminat?
1.Mira Filzah
2.Ara Johari
3.Azar Azmi
4.Janna Nick
5.Mimi Lana
6.Remy Ishak
7.Fikry Ibrahim
8.Izzue Islam
9.Zara Zya
10. Hael Husaini
Amboi! Bukan main mengancam gaya selebriti kita berfesyen di karpet merah, meletop habis!
Foto: Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menyifatkan melihat rakan penyampainya di ERA FM, Bella Astillah semakin matang dalam membuat persediaan untuk melangkah ke alam rumah...