Penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Kunto Aji tidak menolak album baharu yang sedang giat diusahakannya ketika ini merupakan luahan perasaan hibanyanya selepas pemergian bapa tercinta.

Menurut Kunto, sebagai seorang penulis, dia tak boleh membohongi dirinya sendiri.

Bapa Meninggal Dunia, Bintang Indonesia Kunto Aji Bakal Luah Rasa Hiba Dalam…

“Sebenarnya banyak perkara yang sudah saya lalui sepanjang tahun 2022 terutamanya selepas pemergian bapa saya.

“Perasaan sedih itu pasti ada. Seorang penulis lagi tidak boleh menipu dirinya sendiri. Saya tak boleh kata keseluruhan rasa itu datang disebabkan pemergiannya tetapi rasa itu tetap ada.

“Saya percaya, sekiranya seseorang penulis itu bersifat jujur, kerjayanya pasti akan lebih berjaya. Saya seakan menelanjangkan diri sendiri sewaktu menulis lagu-lagu ini.

“Mungkin setiap patah perkataan itu diilhamkan daripada waktu-watu sukar saya dan pemergian bapa menjadi salah satu penyumbangnya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Bapa Meninggal Dunia, Bintang Indonesia Kunto Aji Bakal Luah Rasa Hiba Dalam… Bapa Meninggal Dunia, Bintang Indonesia Kunto Aji Bakal Luah Rasa Hiba Dalam…

Membawakan hampir keseluruhan lagu daripada album Mantra Mantra yang diterbitkan pada 2018 sewaktu menjayakan konsert jelajah di Kuala Lumpur, baru-baru ini , Kunto mendedahkan album ini ditulis sewaktu dia sedang menjalani sesi terapi akibat tekanan perasaan.

“Ini merupakan penulisan jujur saya. Sewaktu menuliskan album ini, saya sedang jalani rutin bersama pihak terapi.

“Album ini menceritakan mengenai proses dan monolog saya dengan diri sendiri. Rupanya-rupanya orang lain juga boleh merasai dengan apa yang saya lalui,” kongsinya lagi.

IKLAN

Bapa Meninggal Dunia, Bintang Indonesia Kunto Aji Bakal Luah Rasa Hiba Dalam…

Ketika ditanya adakah dia berasa tertekan untuk menghasilkan album yang lebih baik selepas ini, penyanyi lagu Rehat ini memaklumkan dia sebolehnya tidak mahu terlalu membanding-bandingkan dengan karyanya yang terdahulu.

“Saya lebih gemar untuk memulakan semula sesebuah album Darul dah kosong. Kalau kita banding-bandingkan dengan album terdahulu, kita tidak akan dapat fokus pada yang sekarang.

IKLAN

“Sudah tentu hasilnya nanti akan goyah. Jadi, saya hanya mahu fokus kepada meterial terbaru tanpa terbawa-bawa dengan karya-karya lama,” akhirinya.

Pada persembahan kira-kira sejam 30 minit itu, Kunto menyanyikan lagu hitsnya seperti Rehat, Saudade, Konon Katanya, Akhir Bulan, Salam Pada Rindu, Pilu Membiru dan Terlalu Lama Sendiri.

Bapa Meninggal Dunia, Bintang Indonesia Kunto Aji Bakal Luah Rasa Hiba Dalam…

Kunto muncul dengan album Generation Y pada 2015 dan Mantra Mantra (2018).

Anak seni kelahiran Yogyakarta juga itu tidak menolak sekiranya diberi sekali lagi peluang untuk kembali membuat persembahan di sini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI