Pastinya setiap kali tiba hari perayaab yang bakal disambut, perkara paling penting yang perlu ada di sisi adalah keluarga terutamanya ibu dan bapa.

Baru-baru ini, penerbit filem terkenal, David Teo telah kehilangan bapa tercinta buat selama-lamanya. Bapa David, Teo Tuan Ching telah meninggal dunia beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina akibat kanser paru-paru.

“Sebelum ini bapa tinggal di rumah saya di sini tetapi dua minggu lalu, dia mahu balik ke kampung halaman di Kampung Buluh Kasap, Segamat,” kata David kepada Harian Metro.

Menurut David lagi, mungkin mendiang bapanya sudah tahu bahawa umurnya sudah tidak panjang lagi dan disebabkan itu dia meminta untuk dibawa pulang ke kampung halamannya sendiri.

IKLAN

Tambahnya lagi, sebelum bapanya meninggal dunia, mendiang pernah menyatakan rasa gembira kerana dapat melihat anak-anaknya berjaya.

IKLAN

Apapun David tetap bersedih kerana bapanya meninggal dunia beberapa hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina biarpun pemergian bapanya dalam keadaan tenang di sisi keluarga.

IKLAN

MH juga turut bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh David. Salam Takziah MH ucapkan buat David sekeluarga.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI