Penerbit filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Studio Kembara Sdn Bhd telah membuat laporan polis berhubung penyebaran filem tersebut yang berleluasa di laman sosial sejak akhir-akhir terutama sekali menerusi platform TikTok dan Instagram.

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada Khamis dalam usaha menghentikan penularan klip-klip daripada sedutan filem tersebut.

Menurut pegawai undang-undang syarikat tersebut yang dikenali sebagai Hassan, perbuatan seumpama itu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Banyak Klip Sedutan Filem Tersebar, Penerbit Mat Kilau Buat Laporan Polis

“Rakaman yang dibuat oleh sesetengah pihak ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebarkan klip rakaman filem itu di media sosial.

“Ada akta khas untuk mencegah perkara ini daripada berlaku secara berleluasa dan ia adalah kesalahan berat jika merakam filem di dalam panggung wayang.

IKLAN

“Kita akan berjumpa dengan pegawai penyiasat dan mungkin akan buat tindakan lanjut,” katanya.

@filem_matkilau LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT!Perbuatan merakam dan menyebarkan sedutan filem dari panggung wayang adalah satu kesalahan. Kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Bangi. Siasatan lanjut akan dijalankan oleh PDRM.Sekiranya anda menjumpai sesiapa sahaja yang memuat naik rakaman Filem Mat Kilau ke media sosial, sila maklumkan kepada kami. Sama-sama kita sokong Filem MAT KILAU dan tonton di pawagam.#FilemMatKilau #StudioKembara ♬ original sound – Filem Mat Kilau

Sebelum ini, pengarah filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof juga pernah memberi amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan rakaman filem itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

“Tidak berbaloi keghairahan anda menonton Mat Kilau berakhir dengan tangisan di penjara.

IKLAN

Banyak Klip Sedutan Filem Tersebar, Penerbit Mat Kilau Buat Laporan Polis

“Jangan sesekali rakam dan sebarkan.

“Tindakan undang-undang tegas akan diambil dan jangan sampai anda jadi mangsa ke penjara,” tulis Syamsul di laman Instagramnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Terdahulu, filem epik Melayu yang menelan belanja RM8 juta ini telah berjaya mencipta sejarah perfileman tempatan apabila berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM23 juta dalam tempoh seminggu tayangan.

Mat Kilau dibintangi ramai barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan, Johan Asari, Yayan Ruhian, Wan Hanafi Su, Zarina Zainoordin, Ellie Suriaty, Mubarak Majid dan Farah Ahmad.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI