Ahli gusti profesional negara, Ayez Shaukat Fonseka akui perasaannya agak bercampur baur menjelang pertarungannya bersama lagenda World Wrestling Entertainment (WWE), Tajiri di APAC Wrestling Premium Live Event, Rise yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.

Menurut Shaukat, dia sememangnya menghormati Tajiri yang sudah pun berkecimpung di dalam sukan ini sejak lebih dua dekad yang lalu.

Bakal Menentang Bekas Juara Cruiserweight WWE Tajiri, Shaukat Dah Bersedia 200 Peratus!

“Empat tahun yang lalu, saya dah pernah bertarung dengan Tajiri. Tanpa disangkal lagi, Tajiri merupakan salah seorang penggusti kelas cruiserweight terbaik di dunia.

“Dia adalah bekas juara cruiserweight WWE dan bekas juara light heavyweight WWE. Dia merupakan lagenda di kelas yang tersendiri. Pada saya, perlawanan ini bakal menjadi cabaran terbesar buat saya.

“Kami dah pernah bertarung. Saya pernah merasa tendangan dan serangannya, jujur saya katakan, ia bukan sesuatu seronok untuk saya hadapi,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, Shaukat yang mempunyai pengalaman bertarung di Amerika Syarikat tetap optimis untuk memberikan segala yang termampu untuk menewaskan Tajiri.

IKLAN

“Kalau anda melihat saya ketika di luar, memang saya nampak seperti orang yang baik dan merendah diri tetapi bila dah masuk gelanggang, saya akan berikan 200 peratus untuk menewaskan Tajiri,” kongsinya lagi.

Shaukat berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media RISE yang berlangsung di Hotel Park Royal Collection, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bakal Menentang Bekas Juara Cruiserweight WWE Tajiri, Shaukat Dah Bersedia 200 Peratus!

Sementara itu, Tajiri yang juga merupakan ahli gusti kelahiran Jepun itu turut sempat berseloroh dengan mengatakan pujian Shaukat itu sangat tinggi buat dirinya.

IKLAN

“Saya memang merupakan juara Cruiserweight WWE tapi itu kisah 20 tahun yang lalu. Sekarang saya dah tua. Jadi Shaukat, jangan terlalu bersungguh sangat esok,” katanya.

Dalam pada itu, Shaukat memaklumkan dirinya akan menggunakan segala pengalaman yang telah diperoleh di luar negara untuk menghiburkan para penonton yang hadir.

“Sebagai seorang penghibur dan ahli gusti profesional, misi utama kami adalah untuk bermain dengan emosi penonton. Kita nak buat mereka rasa seronok, sedih dan takut.

IKLAN

“Saya risau sekiranya kami sudah di atas gelanggang nanti, kami tak dapat nak keluarkan emosi penonton. Sama seperti persembahan komedi. Kalau tak kelakar orang tak gelak.

“Namun, saya yakin dengan kebolehan saya dan ahli-ahli gusti yang lain. Kami dah lama berlatih. Pengalaman saya bergusti di luar negara juga akan saya guna pakai,” akhirinya.

Selain perlawanan Shaukat dan Tajiri, RISE juga akan menampil perlawan-perlawanan lain yang turut melibatkan penggusti negara iaitu Pheonix Diana yang akan mementang Yuki Kamifuku bagi merebut gelaran sulung APAC Women Wrestling Champions.

Bakal Menentang Bekas Juara Cruiserweight WWE Tajiri, Shaukat Dah Bersedia 200 Peratus!

RISE bakal berlangsung selama dua hari di SPACERUBIX, Puchong dan tiket boleh didapati menerusi lawan web ticketcharge.com

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI