Penyatuan dua jiwa di antara Putera Raja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah Adam membuka tirai perkahwinan Diraja yang dinantikan ramai tahun ini.

Majlis acara perkahwinan di antara kedua-dua mempelai ini yang dijangka berlangsung selama sepuluh hari telah bermula semalam menerusi Majlis Istiadat Bersuruh Diraja.

Sebelum itu, majlis khatam Al-Quran Dayang Anisha Rosnah telah diadakan pada tanggal 3 Januari yang lalu dalam suasana penuh privasi dan turut disaksikan oleh Putera Mateen.

Apa yang menarik perhatian adalah pilihan rekaan busana yang merupakan hasil kreatif pereka fesyen Malaysia, Teh Firdaus.

Dayang Anisha tampil manis dalam busana kurung moden yang direka menggunakan songket Brunei dalam rona putih dengan motif bunga penuh.

Menjadikan rekaan tersebut lebih indah, bahagian hujung baju dan lengan diserikan dengan sulaman manik dan diamante bermotif flora lantas menyerlahkan kemewahan.

IKLAN

Bakal Isteri Putera Mateen Pilih Rekaan Pereka Fesyen Graduan UiTM Untuk Majlis Khatam Al-Quran

BACA JUGA: Bakal Berkahwin Dengan Putera Mateen, Ini Fakta Menarik Tentang Anisha Rosnah

Teh Firdaus dalam satu hantaran di Instagram mengucapkan rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada perkahwinan Diraja Brunei itu.

IKLAN

“Rasa bertuah dapat memainkan peranan dalam perkahwinan Diraja Brunei. Dapat menyaksikan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Isa-Kalebic dalam persalinan baju kurung tenunan Brunei semasa acara Khatam Quran beliau,” kongsinya.

Untuk pengetahuan pembaca Media Hiburan, Teh Firdaus merupakan antara fereka fesyen muda Malaysia yang kini sedang meningkat naik namanya. Idea rekaan dalam sentuhan penuh mewah serta kemas menjadi antara ‘senjata’ pereka ini dalam penghasilan busana.

Imbas kembali, Teh Firdaus merupakan graduan dalam bidang rekaan fesyen dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

IKLAN

Kredit foto: Instagram Teh Firdaus/Muash Portfolio

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI