Bakal menamatkan zaman bujang pada 20 Disember depan, pelakon Farah Nabilah kini sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada jejaka pilihan, Mohamed Amirul Yunus. 

Farah, 26, terpaut pada Amirul yang merupakan seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kerana sifatnya yang gemar berterus-terang, seterusnya serius untuk lalui fasa halal sebagai suami isteri yang sah.

Seorang lelaki dapat curi hati ibu bapa adalah perkara yang terbaik. Jadi, bagi saya dia (Amirul) sudah lakukan dengan baik kerana dia berjaya berjumpa dengan ibu bapa saya. 

“Meski ramai lelaki yang cuba untuk mendekati saya, tetapi saya tidak layan kerana di mata saya hanya nampak Amirul seorang sahaja,” katanya kepada MH.

Bakal Imam Farah Nabilah Belum Letak Syarat Watak Yang Digalas, “Apa Sahaja Dia Lakukan, Saya Akan Sokong.”

Sementara itu, Amirul,28, pula tidak menetapkan sebarang syarat kepada bakal isterinya untuk memegang mana-mana watak selepas berkahwin. 

IKLAN

Setakat ini, apa sahaja watak yang dibawanya saya suka tengok. Tiada masalah langsung. Apa sahaja yang dia lakukan, saya akan sokong.

Banyak lagi watak yang dia belum bawa dan belum explore, jadi apa salahnya kalau dia mahu mencuba. Lakonan dia pun bagus dan mantap,” puji Amirul buat bakal isteri.

Bakal Imam Farah Nabilah Belum Letak Syarat Watak Yang Digalas, “Apa Sahaja Dia Lakukan, Saya Akan Sokong.”

IKLAN

Sudah bersedia berdepan dengan gosip yang pastinya tidak lari dengan selebriti, Amirul ada jawapan tersendiri. 

Apabila berkahwin dengan seorang selebriti atau public figure ini, saya hanya akan ikut flow sahaja.

“Saya juga kena bersedia untuk menghadapi perkara tersebut,” katanya tenang. 

IKLAN

Pasangan ini akan melangsungkan majlis nikah pada 20 Disember ini.

Mereka turut diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin lelaki pada 28 Disember, disusuli pihak perempuan pada 5 Januari depan.

Difahamkan, Farah turut menambah lagi satu majlis resepsi di sebelah perempuan pada 21 Disember ini. 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI