Ads

Bakal Bertunang : Ini Penjelasan Fattah Amin

Bintang popular, Fattah Amin menepis khabar angin yang mula bertebaran mengatakan dia bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat ini.

“Alamak macam mana boleh timbul pula cerita ini?,” soal Fattah sambil ketawa..

Jelas aktor berusia 27 tahun ini, spekulasi tersebut mungkin timbul kerana filem televisyen (FTV) Wanita Terindah lakonannya dengan aktres Fazura bakal disiarkan di saluran Astro First Eksklusif tidak lama lagi.

Bakal Bertunang : Ini Penjelasan Fattah Amin

Ads

“Mungkin kerana Wanita Terindah nak keluar ini jadi adalah yang buat cerita. Tapi selagi tidak keluar apa-apa dari mulut saya, saya harap tidak ada spekulasi mengenai perkara ini.

 

“Tapi buat masa ini tidaklah (bakal bertunang),” ujar ringkas ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta King Koil di Menara KL, petang tadi.

Bakal Bertunang : Ini Penjelasan Fattah Amin

Ads

Dalam perkembangan terbarunya, Fattah berkata, dia masih sibuk dengan penggambaran drama Coffee Prince, selain kini dilantik menjadi duta kepada jenama tilam antarabangsa, King Koil.

Ads

Selain itu, Fattah juga bakal melancarkan produk kesihatan keluarannya sendiri dalam masa terdekat ini.

Teks oleh: Aqmar Mustaza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Walau Saya Bising, Awak Tak Pernah Ambil Hati,” – Hantar Pekerja...

Sebagai tanda penghargaan atas kerja keras yang dicurahkan selama ini, usahawan sensasi, Aliff Syukri berbesar hati menghantar salah seorang pekerjanya menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
error: Hello. Cannot.