Bella Astillah, 32, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman, 33, menjadi tumpuan ramai di media sosial semalam.
Ia selepas mereka masing-masing dilihat menggayakan busana berwarna oren sempena sambutan Aidilfitri.
Warna Senada
Seolah-olah ‘jodoh’ untuk tampil sedondon, keserasian warna pakaian mereka mencetuskan pelbagai reaksi netizen menerusi ruang komen di Instagram mengenai penampilan keduanya.
Malah, tak kurang yang tidak ketinggalan membuat spekulasi, lebih-lebih lagi selepas video parodi lagu Meriah Lain Macam mereka turut dimuat naik di Instagram, hingga menerima beratus ribu tanda suka.
Ads
Ini antara komen yang tertera;
“Cantik warna baju korang.”
“Takpe la Oyen. We all semua tak beraya hari ni. Amik hari raya kami.”
Ads
“Yela yela. Oren menang tahun ni…”
“Sihat makan vitamin, tak. Sihat tengok vitamin C oren sedang bersayang.”
Sejak kebelakangan ini, nama Bella dan Syed Saddiq sering dikaitkan oleh netizen, terutamanya apabila mereka beberapa kali dilihat saling berbalas komen di media sosial.
Walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai sebarang hubungan istimewa, peminat tetap teruja melihat interaksi mereka yang mesra dan penuh teka-teki.
Sama ada kebetulan atau sebaliknya, keserasian yang terjalin susulan menjadi wajah wakilan bagi satu jenama sempena Aidilfitri ini terus menjadi perbualan hangat netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
KahwinFest 2025 anjuran QALAM Management kembali menemui pengunjung selama tiga hari, bermula 25 hingga 27 April ini di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Sebagai pusat sehenti kelengkapan perkahwinan, KahwinFest menghimpunkan pelbagai vendor utama dalam industri perkahwinan, sekali gus menjadikan festival ini sebagai tumpuan utama bakal pengantin yang sedang merancang menuju hari bahagia.
Menurut wakil penganjur, sebanyak 44 ruang pameran akan disediakan, dengan pelbagai tawaran menarik termasuk potongan harga sehingga 70 peratus sempena Aidilfitri untuk pakej terpilih.
“Kemasukan ke ekspo ini adalah percuma. Ia juga merupakan lokasi terbaik yang dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga bakal pengantin,” ujar penganjur.
Antara vendor yang sudah mengesahkan pembabitan mereka seperti Tamu Hotel & Suites, Damoora, Khulafa Studio, Rose Hall & Events, Topazio Imperial, VC Venture Travel dan banyak lagi.
Selain itu, antara tarikan utama KahwinFest tahun ini adalah kerjasama eksklusif antara dua jenama terkenal, Gula Cakery dan pereka fesyen tersohor, Hatta Dolmat.
Kolaborasi ini diperkenalkan menerusi pertunjukan kapsul eksklusif yang pertama seumpamanya di Malaysia, dikenali sebagai Wear the Couture Dress Cake.
“Kapsul itu bakal melihat penyatuan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat dan pemilik jenama Gula Cakery (Nor Arieni Adriana Mohd Ritzal & Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli) berkongsi idea kreatif masing-masing.
“Acara ini mempersembahkan satu inovasi unik dalam dunia perkahwinan yang bakal menyaksikan kek pengantin sebenar bersaiz penuh direka sebagai busana couture dan digayakan oleh model secara langsung di pentas pertunjukan,” maklum penganjur.
Tambah penganjur lagi, persembahan ini pasti akan akan membawa elemen magis, mewah dan penuh imaginasi dalam satu persembahan visual yang bakal menjadi detik bersejarah di KahwinFest 2025.
Dalam pada itu, Hatta turut menyifatkan kolaborasi ini sebagai sesuatu yang istimewa dan luar biasa.
“Hatta sudah lama tidak mengadakan pertunjukan fesyen baju kahwin kerana lebih memberi tumpuan kepada koleksi Ready To Wear, butik dan pelanggan korporat.
“Jadi apabila diundang oleh pihak KahwinFest, Hatta sangat teruja untuk menampilkan sesuatu yang berbeza dan bukan sekadar ‘another collection’,” katanya.
Ulas Hatta lagi, kolaborasi bersama Gula Cakery ini bukan sahaja unik, malah masih kekal relevan dalam tema perkahwinan.
“KahwinFest adalah platform yang meyakinkan dan mampu merealisasikan keterujaan ini. Tak sabar untuk melihat hasilnya iaitu busana daripada kek dalam saiz sebenar dan dipakai oleh model,” katanya.
Malah, Nor Arieni juga optimis setiap kerjasama yang dijalin bakal membawa simbolik tersendiri serta memberi warna baharu kepada industri perkahwinan di Malaysia.
“Pada akhirnya, kita percaya dan optimis kerjasama sebegini mezahirkan pelbagai rasa dan impak. Saya bersyukur melihat kerjasama Gula Cakery dan Hatta Dolmat ini menjadi realiti,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Indonesia, Acha Septriasa menyifatkan watak Azizah yang dibawanya dalam filem seram terbaharu Qodrat 2 telah memberikan impak besar terhadap kehidupannya sebagai seorang Muslim.
Menurut Acha, penglibatannya dalam filem berkenaan bukan sahaja mencabar dari segi lakonan, malah turut membawa perubahan positif dalam pemahaman dan penghayatannya terhadap ajaran Islam, termasuk dalam solat.
“Sekarang saya lebih faham tentang makna-makna bacaan di dalam solat dan dalam filem ini, babak solat taubat memainkan peranan penting dan kunci kepada penceritaan watak Azizah.
“Sebelum ini, mungkin bacaan solat saya belum begitu sempurna dan belum terlalu faham akan maksudnya. Melalui filem ini, ia mengajar saya tentang cara solat dengan lebih baik.
“Ternyata watak Azizah ini memberikan berkah yang panjang dalam hidup saya. Saya tidak perlu ‘buang’ watak ini selepas selesai penggambaran. Saya hanya perlu teruskan sahaja,” katanya kepada MH.
Acha berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam gala dan tayangan perdana filem Qodrat 2 di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya lagi, dia menganggap tawaran berlakon di dalam karya ini seperti doa yang telah dijawab Allah SWT.
“Sebelum menerima tawaran ini, saya bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT ketika solat Asar. Saya mohon agar diberikan tawaran pekerjaan yang saya suka dan mendekatkan diri ini kepadaNya.
“10 minit kemudian, doa saya dijawab. Saya dapat panggilan daripada pengarah Qodrat 2. Dia mahu saya melakonkan watak isteri kepada Ustaz Qodrat.
“Saya kembali ke Jakarta ketika pelakon lain sudah lama menjalani penggambaran.
“Kata pengarah, ketika mereka menelefon saya, kesemua pihak tertinggi produksi teringat nama saya. Pada saya, ia seperti keajaiban,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mendedahkan dia tidak ada menerima gangguan sepanjang penggambaran kerana para pelakon akan dijaga Ustaz oleh pihak produksi.
“Sepanjang penggambaran, saya tidak mengalami sebarang gangguan. Kami memang dijaga oleh ustaz yang khusus dalam ilmu ruqyah.
“Namun, beliau pernah memberikan saya sebotol air minuman yang telah dibacakan doa dan ayat suci. Saya minum air tersebut.
“Kata ustaz, ketika penggambaran, energi saya pada waktu itu terlalu besar sehingga menjadi magnet dan menarik makluk-mahluk ghaib yang ada di sekitar. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” katanya lagi.
Ketika filem Qodrat 2 sedang ditayangkan di panggung utama pada Rabu, skrin secara tiba-tiba bertukar gelap dan tayangan terpaksa dihentikan sementara.
Paling mengejutkan insiden tersebut berlaku ketika babak Azizah sedang membaca doa iftitah sewaktu Solat Taubat.
Lantaran itu, tayangan terpaksa dimulakan semula selepas pihak panggung wayang mengenal pasti masalah yang berlaku.
Qodrat 2 yang juga filem kerjasama di antara Astro Shaw dan Magma Entrainment sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Selain Acha, naskhah arahan Charles Gozali bersama Imron Ayikayu ini turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Vino G. Bastian, Della Dartyan, Donny Alamsyah, Hana Saraswati dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun drama Bidaah telah melabuhkan tirai tayangannya di platform penstriman Viu, ia masih menjadi topik hangat dalam kalangan penonton.
Malah salah seorang pelakonnya, Riena Diana turut berkongsi pengalaman di set penggambaran apabila dia perlu menjayakan satu babak yang sukar untuk dilakukan.
“Riena kena ludah kat muka Faizal Hussein. Ampun ‘walid’. Masa buat scene ni banyak kali tanya director dengan abang, kalau tak buat, tak boleh ke? Sebab takut.
“Tapi sebab dorang sempoi dan kena faham ini hanya lakonan, buat jugak lah,” kongsinya menerusi ruang di Instagram.
Bagaimanapun, adegan tersebut difahamkan tidak ditayangkan dalam versi akhir drama, namun Riena sudi berkongsi klip sedutan babak berkenaan buat peminat.
“Cuma rasanya part ni kena cut kat drama, so Riena belanja sini sikit lah sebab drama dah habis. But still boleh tengok dekat platform Viu ok semua episod,” jelasnya.
Dalam masa sama, Riena turut meluahkan rasa terharu atas sokongan luar biasa yang diterima daripada penonton, termasuk dari negara jiran, Indonesia.
“Anyways, thank you yang dah support drama Bidaah. Especially to warga Indonesia!!! Kalian mantap. Makasih udah support ya,” tulisnya lagi.
Dalam Bidaah, Riena memegang watak sebagai Baiduri, seorang wanita muda yang dipaksa berkahwin dengan ketua kumpulan ajaran agama sesat yang digeruni, Walid Muhammad, lakonan Faizal Hussein.
Turut membintangi drama ini ialah Fattah Amin, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Marissa Yasmin dan Vanidah Imran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.