Anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul Radhi ada meluahkan rasa kesal terhadap segelintir sikap masyarakat yang ambil mudah terhadap penguatkuasaan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Fakhrul atau nama lengkapnya, Mohd Fakhrul Radi Khamarudin berpendapat, bukan satu tindakan yang baik untuk pulang ke kampung selepas pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 34 tahun ini turut mendoakan agar semua dilindungi daripada pandemik Covid-19.
Ads
“Katanya ramai on the way balik kg..jgn bwk cik marcronah ikut sudah la..hmmm baik takyah pkp camni..korang rasa cane? Ke dah sampai tu huhu..moga selamat semua.
#Repost @hmetromy.
Ads
“Tinjauan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Seberang Jaya, #Butterworth. Keadaan trafik dijangka bertambah sesak ke arah utara,
“Apabila ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini. FOTO DANIAL SAAD,” tulis kapsyen yang dikongsikan kembali.
Pelakon dan pelawak, Fad Bocey berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di Instagram.
Maklum Fad, isterinya Syaheera Rahman telah selamat melahirkan anak keempatnya, pada jam 4.41 pagi tadi.
“Assalammualaikum,salam subuh semua..syukur Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi,tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy.
“welcome baby mmy and ddy,IBRAHIM JIBRIEL BIN MOHAMAD FADZLIE..tq semua yg mendoakan kami. Thank you so much my love @syaheeraarahman, I LOVE U SO MUCH,” tulisnya.
Terdahulu, Fad dan Syaheera telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan bernama Nur Aminah Mishall.
Foto: Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahukah anda, pada tahun 2016, akhbar, Harian Metro pernah melaporkan, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki di negara ini mengidap kanser prostat. Sekaligus menjadikan penyakit tersebut sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Kanser prostat merupakan ketumbuhan merbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini dikatakan membiak dengan perlahan sehingga pesakit tidak menyedari sebarang simptom. Bagaimanapun, lama-kelamaan ia akan membesar dan mengililingi prostat.
Lalu, MH berkesempatan menemu bual pelakon dan aktivis sosial, Datuk Hans Isaac bertanyakan pendapatnya mengenai perkara tersebut.
Menurut Hans, segalanya mampu dicegah sekiranya rakyat Malaysia menjadikan pemeriksaan kesihatan secara berkala ini sebagai budaya atau pun rutin.
“Pada usia seperti saya ini, sekurang-kurangnya satu atau dua kali setahun kita kena buat ujian kesihatan. Mungkin sesetengah orang tak biasa tetapi itulah perkara yang paling penting sekali.
“Masa kita muda mungkin isunya tiada tetapi bila kita dah semakin tua ianya harus diberi keutamaan. Pemeriksaan kesihatan berkala ini harus dijadikan budaya. Bila kita dah buat full medical check up, sertakan sekali ujian kanser, marker dan sebagainya.
“Saya pula akan buat pemeriksaan kesihatan pada setiap bulan Januari. Itu rutin tahunan saya,” kongsinya menerusi perbualan telefon.
Ketika ramai yang menganggap kanser prostat merupakan isu terpencil dan sensitif untuk dibahaskan, Hans mendedahkan kebanyakkan daripada kita sebenarnya takut untuk berdepan dengan kenyataan.
“Saya tidak rasa topik ini merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan. Sebaliknya, bagi saya majoriti daripada kita sebenarnya takut untuk mendengar perbualan tersebut.
“Ada orang yang takut sangat sampai tidak mahu berjumpa dengan doktor kerana tahu penyakit ini boleh meragut nyawa.
“Lebih baik kita tahu mengenai penyakit ini awal daripada terlalu lambat. Sesetengah orang bila dia tahu dia mengalami penyakit kanser ini, mereka menganggap sudah tiada harapan lagi.
“Sebenarnya, jika anda menyedarinya awal misalnya semenjak daripada peringkat pertama, anda masih mampu untuk merawatnya dan masih ada pulang. Tetapi jika sudah memasuki tahap yang ke-4, peluang untuk sembuh agak tipis.
“Bagi orang-orang urban yang duduk di bandar mungkin mereka lebih peka mengenai perkara ini tetapi bagi orang-orang biasa atau yang kurang berkemampuan mereka lihat perkara ini seperti bukan keperluan.
“Sesetengah orang menganggap pemeriksaan kesihatan ni mahal. Bila di peringkat awal ni mereka tidak mahu keluarkan duit, nanti bila dah melarat lagi susah. Lagi banyak belanja,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hans turut mencadangkan supaya pihak hospital kerajaan memperbanyakkan lagi kempen kesedaran dan sekiranya perlu turunlah kelapangan.
“Kita ada hospital kerajaan. Mungkin mereka boleh mempergiatkan lagi usaha kesedaran dan kalau boleh pergilah sehingga ke peringkat akar umbi.
“Pergilah ke kawasan-kawasan kampung atau pendalaman dan buatlah ujian kesihatan di sana.
“Secara dasarnya, bukan semua orang berpeluang untuk mengamalkan kehidupan yang sihat kerana semua itu memerlukan wang.
“Jadi mereka menganggap perkara tersebut tak penting. Sebab itu saya kata kebolehan individu itu berbeza,” akhirinya.
Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Bella Dally memaklumkan dirinya kini telah memberi keterangan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan akan beri kerjasama penuh selepas didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) gara-gara melakukan aktiviti berbasikal sehingga dikatakan merentas negeri, Ahad lalu bersama rakan.
Menurut Bella dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram, dia menafikan dakwaan tersebut dan menganggap perkara tersebut hanyalah kekeliruan semata-mata.
“Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB yang sedang berkuatkuasa di Selangor ketika ini.
“Untuk makluman, saya telah selesai memberikan keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
“Apa yang berlaku pada Ahad lalu (18 Oktober 2020) saya dan seorang rakan melakukan aktiviti riadah berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang,” katanya.
Jelas Bella lagi, posting yang dimuat naik di Instagram pada hari kejadian telah disalah erti segelintir pihak sehingga ada yang mendakwa dia telah berbasikal sehingga ke sempadan negeri Pahang.
“Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen “Wohoo Genting Sempah With…” dan ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi sempadan antara dua buah negeri.
“Jika saya ada berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.
“Apapun saya mengambil iktibar atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada posting di Instagram saya tempoh hari,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Bella turut mengambil kesempatan tersebut untuk membuat permohonan maaf dan menyifatkan insiden akan menjadi iktibar buat dirinya.
“Berikut sahaja kenyataan saya bagi merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.
“Saya mohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rangkaian Covid-19.
“Saya doakan semoga kita semua berada dalam keadaan selamat senantiasa. Stay safe,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...