Penerbit terkenal, Datuk A Aida mengambil pendirian untuk ‘blacklist’ (senarai hitam) pelakon Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya.

A Aida, 54, mempunyai sebab tersendiri apabila mengambil keputusan sedemikian.

“Saya tidak mahu ambil dia (Ruhainies) berlakon dalam produksi lagi selepas ini.

“Saya tidak mahu isu dirinya (Ruhainies) didakwa ditangkap berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz itu memberi kesan kepada drama atau telemovie terbitan produksi,” katanya, lapor Harian Metro.

Malah, A. Aida juga memaklumkan, pelakon itu sepatutnya terbabit dengan telefilem berjudul Elham Untuk Nian terbitan produksinya untuk Salam HD @unifitv pada April depan.

IKLAN

“Pihak produksi juga sudah tetapkan tarikh untuk penggambaran tetapi dia (Ruhainies) belum tanda tangan kontrak.

“Bagi saya, isu yang dikaitkan dengannya itu serius dan dia terpaksa akur namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

“Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis yang bermasalah, saya akan ‘blacklist’,” katanya lagi.

IKLAN

Ditanya artis yang akan menggantikan Ruhainies pula, kata A Aida, dia akan mengambil pelakon Bella Astillah untuk berlakon dalam produksinya nanti.

“Saya juga mahu menjaga hubungan baik dengan Bella. Saya pun baik dengan Bella dan tidak elok jika saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku membabitkan mereka,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, A Aida memuat naik hantaran di Instagram dengan meluahkan perasaan dengan ujian yang menimpa rakan pelakon.

“Sebak bila mengenangkan nasib artisku yang tidak putus-putus diberi ujian. Dan yang paling ku geram, artis yang sekor tu takda orang lain ke nak mengorat, sorry artis yang pernah menjadi kesayanganku, tidak akan ada peluang lagi untukmu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI