HomeBerita“Bagai Covid-19 Sudah Tiada, Bagai Tuhan Tiada Mata,” – Tular Video Anak...
“Bagai Covid-19 Sudah Tiada, Bagai Tuhan Tiada Mata,” – Tular Video Anak Muda Sakan Menari Di Taman Tema Air, PU Amin Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sepotong video yang memaparkan gelagat para remaja yang dilihat sakan menari ketika berkunjung di sebuah pusat taman tema air.
Video berkenaan nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.
Antara yang turut memberikan respon terhadap video tersebut termasuklah pendakwah dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin.
Menurut PU Amin, kelakuan para pengunjung di pusat tersebut seolah-olah tidak mengendahkan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Malah, mereka juga dilihat seperti tidak mempunyai rasa malu kepada Allah SWT diatas perbuatan mereka itu.
“Mantap anak muda. Berjoget-joget bersuka ria. Bagai Covid-19 itu sudah tiada. Itu yang pertama. Yang kedua, Bagaikan tuhan itu tiada mata.
Ads
“Bagaikan seksa dan azab neraka itu tidak wujud selamanya. Syabas anak muda. Orang melayu Islam kita.
“Esok kalau berlaku lagi masalah-masalah yang tuhan turunkan pada kita, itu sebab kita punya dosa la tu. Seronok berjoget-joget,” katanya.
Rasa kesal tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Trek Asatizah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, PU Amin turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Pihak berkuasa tolonglah ambil tindakan segera. SOP pun tak patuh. Kau berjoget pula macam tu dalam air. Mazhab mana ni korang ikut ni.
“Takkan tak sekolah dekat setengah tahun, perangai teruk berubah macam tu. Apa ceritanya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh PU Amin selain turut berharap agar teguran tesebut dapat menyedarkan hati banyak pihak.
Ads
“Moga Allah lindungi kita semua.
“Sedihnya, semoga Allah pelihara anak dan seluruh keturunan kita dari segala keburukan.
“Allahuakbar, tak ambil ikhtibar dari apa yang telah Allah turunkan. Ujian yang haris kita lalui,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Sumber: Instagram PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia mendapat petunjuk dalam mimpi ketika terjaga semasa azan Subuh berkumandang yang seterusnya membawa kepada penghijrahan bintang berusia 52 tahun itu memeluk agama Islam, sekitar 14 tahun lalu.
Jelasnya, dia mahu kehidupan yang lebih baik dan berdoa untuk diberikan petunjuk.
“Saya masih ingat lagi, pada waktu pagi sekitar 3-4 pagi pada 13/7/2007 iaitu 14 tahun yg lalu. Ketika itu saya belum Kembali pada fitrah (belum menganut Islam).
“Saya nekad inginkan kehidupan yg lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah; Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petujuk,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Instagram.
Menurutnya lagi, selepas mendapat petunjuk dalam mimpi itu, dia pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) untuk proses memeluk Islam.
“Saya dpt petujuk dlm mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkumandang. Paginya saya pergi Perkim mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.
“Alhamdulillah Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya. Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah dalam Islam dalm diri saya dan kita semua.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsi Adam lagi.
Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi terkenal, Aina Abdul kerap kali menjadi bualan hangat netizen terutamanya di media sosial.
Rata-ratanya membicarakan mengenai penampilan Aina yang ‘out of box’ waktu hadir ke malam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 dengan menaiki lori baru-baru ini.
Malah, seorang pendakwah bebas, Dr. Kamilin Jamilin turut memuat naik sepotong video di media sosial untuk menegur fesyen Aina yang sekaligus mengundang perhatian ramai.
Lantaran itu, menerusi satu hantaran di Instagram Stories, penyanyi lagu Terus Hidup ini memaklumkan dirinya cakna dengan segala terguran tersebut dan menerima dengan hati yang terbuka, dipercayai susulan isu berkenaan.
“Selalunya saya jarang sekali luah isi hati. Segalanya berkaitan dengan kerja sahaja di sini (sosial media). Tetapi hari ini terpanggil saya nak tulis sesuatu.
“Ya, saya nampak dan baca semuanya. Saya baca dan teliti semua. Saya renungkan setiap teguran yang masuk,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aina turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah memberikan teguran dengan cara yang baik.
“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, menegur untuk kebaikkan, meninggalkan komen yang baik serta membina.
“Aina sangat hargai. Alhamdulillah, Aina akan cuba yang lebih baik selepas ini okay,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Aina mencetuskan sensasi apabila tiba di malam kemuncak ABPBH35 dengan menaiki lori serta mengenakan tiga persalinan yang berbeza.
Antara fesyen yang menarik perhatian ramai ialah blazer bersaiz mega serta gaun bunga ros.
Sementara itu, pada malam tersebut, Aina turut telah dinobatkan selaku pemenang Anugerah Penyanyi Popular.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan filem adiwira Keluang Man bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.