Semua sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik, Nora Danish kini sedang hamil selepas mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Nedim Nazri.

Terbaru menersui akaun Instagram milik Nora, dia ada berkongsi foto baby bump yang semakin membesar.

Menurut tulisan Nora di ruang kapsyennya, dia menyatakan kini kandungannya sudah memasuki minggu yang ke 17.

“#17weekspregnant ? @boss_ned ?,” tulis Nora.

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Pasti Nora dan Nedim tidak sabar untuk melahirkan kelahiran cahaya mata mereka ini.

IKLAN

Di ruang komen pula, rata-rata pengikut dan peminat Nora teruja melihat perubahan fizikal badan Nora dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi terbsebut. Ucapan tahniah dan doa yang tidak putus juga diberikan kepada Nora melalui ruang komen gambar itu.

ayin_reen05: Alhamdulillah kak @noradanish tahniah. Mesti baby sebaya dgn baby @ctdk ?? smoga kduanya sihat dan selamat..

shematouch_official: Waaah…congrats nora? semoga kandungan sentiasa sehat hingga melahirkan??

IKLAN

farah_ramlee: Tahniah. Semoga anak menjadi anak soleh/solehah, penyejuk mata kedua ibu dan ayahnya

delima_55: Allamdulillah syukur semoga dilindungi ,diberkati Allah dan sentiasa Allah berikan kesihatan yg baik ,kesabaran,rezeki yg bnyk,semoga baby jadi anak yg solehah aamiin

IKLAN

Terdahulu, Nora telah mempunyai seorang cahaya mata, hasil daripada perkahwinan dengan bekas suami sebelum ini namun jodoh mereka tidak panjang dan begitu juga dengan Nedim yang sudah mempunyai seorang cahaya mata juga sebelum ini bersama bekas isterinya.

Semoga kelahiran bayi di dalam kandungan Nora ini bakal menambahkan kebahagiaan dan memupuk rasa cinta yang lebih dalam buat pasangan ini.

Kami juga turut mendoakan agar Nora dan bayi sentiasa sihat dan segalanya dalam keadaan baik sehingga saat melahirkan nanti.

Sumber: Instagram Nora Danish.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI