Meskipun belum ditayangkan, namun babak romantis antara Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza dalam filem Kimchi Untuk Awak menjadi pendebatan ramai.

Masakan tidak, di dalam filem berkenaan, ada beberapa babak menyaksikan Emma dan Aiman bersentuhan termasuk satu babak Aiman mengendong Emma.

Paling teruk dikecam tentulah Emma kerana dia kini sudah tampil bertudung dan netizen berpendapat Emma harus menjaga batasnya.

Adegan Dikecam Netizen – Aiman Pertahankan Emma

Namun pengarah filem itu, Michael Ang mempertahankan Emma dan menegaskan Emma pernah menolak untuk membintangi filem berkenaan pada awalnya.

IKLAN

Bahkan babak yang memerlukan Aiman mengendong Emma juga dirahsiakan sehinggalah tiba hari penggambaran tersebut.

“Kalau anda nak tahu, Emma pada awalnya menolak untuk terlibat di dalam filem ini kerana ada banyak babak romantis yang perlu dijayakan.

 

“Bagaimanapun selepas memujuk dan berbincang hanya ada beberapa babak bersentuhan terpaksa dikekalkan untuk kesesuaian, tapi masih berlapik dan tidak keterlaluan.

 

“Untuk babak kendong pula, Emma tak mahu keluar kereta dan mahu saya fikir jalan lain tetapi saya terpaksa buat kerana itulah yang ada di dalam novel,” jelasnya ketika sidang media malam gala filem Kimchi Untuk Awak di GSC Pavillion, Kuala Lumpur.

Sama seperti Michael, Aiman juga turut mempertahankan Emma dan menyifatkan apa yang dilakukan hanya atas dasar kerja semata-mata.

IKLAN

Katanya, perbuatan mereka bukanlah untuk mengalakkan pasangan bukan mahram bersentuhan tetapi ia lebih kepada kesesuaian jalan cerita.

“Orang tak tonton lagi filem ini, tapi mereka sudah berkata macam-macam.

 

“Saya rasa isu ini patut dihentikan dan tontonlah dahulu filem ini sebelum memberi komen,” tegasnya.

Selain Emma dan Aiman, Kimchi Untuk Awak turut dibintangi oleh Janna Nick, Dira Abu Zahar, Ungku Hariz dan Sharifah Sakinah.

IKLAN

 

Filem terbitan Astro Shaw dan Darkwave Pictures ini akan menemui penonton bermula 30 Mac ini.Adegan Dikecam Netizen – Aiman Pertahankan Emma

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI