Penyanyi dan pelakon Azza Elite terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pempengaruh dan usahawan sensasi, Kieda Crepe terhadap bisnes kek yang diusahakannya.
Menurut Azza, Kieda seorang wanita yang mempunyai hati yang sangat mulia dan suka membantu orang lain.
“Terima kasih Kieda Crepe. Wanita yang berusaha sehabis baik untuk bantu orang lain. Lihatlah dia sendiri. Dia sangat baik di mata saya. Kieda, Allah sayangkan awak.
“Satu doa dari saya untuk Kieda serta wanita lain yang berniaga, biar Allah jaga dan sentiasa dalam perlindungan Allah,” tulisnya.
Ads
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Jutawan Fakir itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Video berdurasi hampir 50 saat itu memaparkan Kieda sedang berkongsi pandangannya mengenai kek coklat yang dijual oleh Azza.
Siap Titipkan Doa
Malah, Azza turut menitipkan doa buat para wanita yang bekerja keras agar diberikan ketabahan jiwa dan sentiasa berada di dalam rahmah Illahi.
Ads
“Ya Allah berikan kami kekuatan mental dan fizikal untuk bertahan dan bersabar. Pasti akan ada kemanisan yang Allah SWT janjikan buat kita wanita yang kuat bekerja.
Ads
“Terima kasih Kieda sudi support saya. Kieda baik sangat. Sayang Kieda.
“Saya sentiasa akan tunjukkan sokongan untuk semua yang berniaga. Terutamanya buat awak,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azza Elite
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir tujuh tahun menyepi dari membuat persembahan di atas pentas berskala besar, KRU sukses membuktikan aura mereka masih berbisa menerusi Konsert GenKRU yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Sabtu.
Kehadiran lebih 9,000 peminat pada malam pertama konsert nyata membuktikan kesetiaan mereka terhadap trio yang dianggotai adik-beradik iaitu Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim ini.
Tepat jam 9 malam, pentas dibuka dengan penuh bertenaga menerusi lagu ikonik mereka, Fanatik dan Oh! La La!, sekaligus menyemarakkan suasana Axiata Arena.
Sepanjang hampir tiga jam persembahan, KRU membawakan lebih 20 buah lagu termasuk Babe, Jangan Lafazkan, Apa Sahaja, Hingga Ke Jannah dan Awas yang mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka.
Antara detik yang paling mencuri tumpuan ramai apabila kemunculan penyanyi Adam AF dan kumpulan wanita popular, Elite.
Malah gabungan semula Adam dan KRU menerusi lagu Terhangat Di Pasaran, turut mengimbau kenangan tahun 2005 lalu.
Sementara itu, Elite yang terdiri daripada Abby Abadi, Sasha Saidin, Watie Sadali, Azza Zawari dan Linda Rafar tampil menyampaikan lagu popular mereka iaitu Di Pintu Syurga bersama KRU.
Sorakan peminat berterusan, Elite turut menghangatkan dewan dengan mempersembahkan tarian ikonik mereka menerusi lagu Tamparan Wanita.
Menerusi ruang komen pada klip video persembahan mereka di TikTok Media Hiburan, ia rata-ratanya mengubat kerinduan peminat.
“Wait, Abby ada? the original Elite?”
“Sumpah time Elite keluar ni, touching nak mampos erh. Rase macam ‘weh really i’m aging now. How time flies.”
“Geng 90an je faham perasaan bila tgk video ni…”
“Abby ni dari dulu dia memag pemalu la. Paling suka dia masa tu.”
“Weh baju diorang pun sopan… Thanks Elite.”
Antara lain, KRU turut memberikan penghormatan istimewa kepada Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad menerusi persembahan lagu Perpisahan Terasing, sebagai simbol penghargaan kepada ikon muzik negara itu.
Selain menampilkan lagu daripada ‘katalog’ sendiri, KRU tampil juga membawakan beberapa karya ciptaan mereka untuk artis lain seperti Sedetik Lebih yang dipopularkan oleh Anuar Zain, Separuh Masa (The Lima), Roman Cinta (Mojo), Hi Hi, Bye Bye (Ezlynn) dan Untukmu (Feminin).
Konsert GenKRU yang dibawakan oleh Icon Entertainment ini akan diteruskan pada malam Ahad (semalam) serta pada 10 Mei akan datang, menjanjikan lebih banyak momen bersejarah buat peminat muzik tempatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Riezman Khuzaimi memaklumkan perkembangan terkini mengenai jenazah abang iparnya, Allahyarham Rennie Abdul Ghani yang meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani, Indonesia.
Menurut Riezman, 55, jenazah telah berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada jam 6:15 pagi semalam.
Bagaimanapun, pasukan penyelamat terpaksa mengusung jenazah secara manual memandangkan helikopter tidak dapat mendarat di kawasan tersebut.
“Alhamdulillah semalam pukul 6:15 pagi, mereka keluarkan jenazah dari tempat arwah jatuh dan dibawa keluar daripada gaung, seterusnya ke ‘checkpoint’ pintu gerbang Toren sampai jam 8.00 malam dekat pintu gerbang.
“Ini kerana, helikopter tak boleh landing di kawasan berkenaan, jadi mereka terpaksa usung jenazah. Dari laluan Toren ke rumah sakit di Lombok mengambil masa tiga jam.
“Pihak hospital sudah bersihkan dan simpan, saya ada minta pihak hospital mandi dan kafankan,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media KamiSempoi Golden Award 2024 di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Dalam pada itu, Riezman turut menjelaskan soal dokumentasi sedang diuruskan bersama pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta sebelum jenazah dibawa pulang ke tanah air.
Bagaimanapun katanya, prosedur pengebumian masih dalam pertimbangan, bergantung kepada keputusan keluarga.
“Kalau ikut prosedur (terbangkan jenazah menerusi udara), semua organ dalaman perlu dikeluarkan, bagi saya ia menyeksa jenazah dan tidak digalakkan. Saya lebih memilih untuk arwah dikebumikan di sana.
“Tetapi terpulang kepada isteri dan anak-anak arwah juga. Malam tadi jam 3.00 pagi, hospital ada menghubungi mereka beritahu jenazah boleh bawa pulang tanpa keluarkan organ-organ dengan menyuntik cecair larutan formalin ke dalam tubuh mayat kerana penerbangan dari Lombok ke Malaysia tidak makan masa yang lama.
“Keputusan untuk bawa balik jenazah atau kebumi di sana akan dibuat hari ini. Kalau semua urusan berjalan lancar, Insya-Allah esok akan tiba kira-kira jam 9.00 malam di KLIA2.
“Anak arwah ada di sana untuk menguruskan dokumentasi dan alhamdulillah, arwah juga mempunyai insurans,” katanya lagi.
Dua Minggu Sebelum Tragedi, Kata-Kata Terakhir Masih Segar
Sementara itu, Riezman turut berkongsi kenangan terakhir bersama Allahyarham dua minggu lalu, iaitu sebelum dia berangkat ke Lombok.
Menurut Riezman, arwah sempat menyatakan bahawa pendakian ke Gunung Rinjani itu akan menjadi pendakian terakhirnya.
“Arwah ada cakap ini kali terakhir dia nak panjat gunung, selepas ini dia mahu sertai larian marathon. Arwah juga sudah beli kasut (untuk marathon), jadi dia nak ikut saya. Tak perasan itu mungkin kata-kata terakhir dia.
“Agak sedih kerana terngiang-ngiang dua minggu lepas baru duduk berjumpa dengan dia ketika mahu buat persediaan pendakian,” ujarnya lagi.
Terdahulu, media melaporkan seorang pendaki warga Malaysia terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani sekitar jam 12 tengah hari, Sabtu lalu.
Allahyarham memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei lalu bersama kumpulan yang terdiri daripada 23 orang pendaki.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Mataram, SAR Lombok Timur dan pasukan perubatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta menzahirkan sokongan dan keprihatinannya terhadap pengorbanan anggota keselamatan dengan menyumbangkan sebanyak ₹1.10 crore (RM620,000) kepada Persatuan Kebajikan Isteri Tentera (AWWA) bagi Komando Selatan Tentera India.
Sumbangan yang disalurkan melalui peruntukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pasukan kriket Punjab Kings, yang turut dimiliki Zinta, bertujuan memperkasa golongan Veer Naris (balu tentera) selain membantu pendidikan anak-anak mereka.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sumbangan tersebut turut menyusuli pelancaran Operasi Sindoor, yang dilaksanakan susulan insiden serangan pengganas di Pahalgam pada 22 April lalu.
Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Jaipur pada Sabtu lalu dan disempurnakan dengan kehadiran Panglima Komando Selatan, Presiden Wilayah AWWA Shapta Shakti serta keluarga anggota tentera.
“Di majlis itu, saya bertemu dengan para wanita yang akan merindui suami mereka setiap hari dan setiap detik dalam hidup mereka. Saya bertemu dengan anak-anak mereka dan melihat senyuman mereka.
“Tiada rungutan, tiada air mata. Hanya rasa bangga, kekuatan dan pengorbanan. Keberanian yang ada di dalam dewan itu sangat luar biasa hingga membuat saya rasa begitu kerdil. Ia benar-benar satu penghormatan buat saya untuk berkongsi pentas dengan para Veer Naris dan keluarga mereka,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram.
Selain itu, bintang Bollywood terkenal itu juga menyatakan bahawa sumbangan yang diberikan adalah kecil dan mahu penerima tahu bahawa masyarakat sentiasa terhutang budi dengan mereka.
“Saya hadir dengan sumbangan kecil sebagai tanda terima kasih atas khidmat dan pengorbanan mereka. Saya mahu mereka tahu bahawa mereka tidak dilupakan, dan kita akan sentiasa berhutang budi kepada mereka, selama-lamanya,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zinta bakal membuat kemunculan semula di layar perak menerusi filem terbaharu bertajuk Lahore 1947, bergandingan dengan aktor terkenal, Sunny Deol.
Filem yang diterbitkan oleh Aamir Khan itu berlatarbelakangkan peristiwa pemisahan India dan dijangka menjadi naskhah penting dalam karier seni beliau selepas sekian lama menyepi daripada dunia perfileman.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikritik kerana dikatakan kurang popular dan tidak memiliki aura untuk menggalas watak sebagai hero, pelakon Firdaus Karim tetap bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan pihak produksi dan stesen TV untuk membintangi drama Doa Yang Terlindung.