Konsert Big Stage 2019 minggu ketiga nyata memberi kejutan buat penonton apabila salah seorang pesertanya, Aziz Harun mengumumkan untuk menarik dari terus bersaing bersama para peserta lain.

Pengumuman yang didedahkan Aziz secara langsung nyata mengejutkan ramai pihak, hingga ada yang membuat pelbagai spekulasi memandangkan persembahan Aziz Harun di Big Stage setakat ini kerap mendapat komen pedas para juri.

Bagaimanapun, ketika ditemui, Aziz sejujurnya sudah berfikir untuk menarik diri dari terus memberi saingan selepas mengadakan perbincangan bersama pihak produksi.

Jelasnya kepada MH, keputusan dibuat kerana dirinya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, 23 September depan.

“Sejak sekian lama memohon sejak awal tahun ini, akhirnya permohonan saya diterima untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Business Economics di Nowrish University of East Anglia, United Kingdom.

“InsyaAllah saya akan berangkat ke London pada pertengahan bulan ini memandangkan kuliah akan bermula 23 September depan,” katanya.

Ditanya sejauh mana kesungguhannya dalam menyertai program realiti Big Stage kerana menarik diri di pertengahan saingan, hingga ada yang mendakwa dirinya seakan-akan memperlekehkan kredibiliti program, Aziz ada jawapannya sendiri.

IKLAN

Aziz Harun Umum Tarik Diri Dari Big Stage ‘Secara Live’, “Tak Kan Sertai Big Stage Kalau Tahu Akan Keluar.”

“Memang sejak awal ketika sertai Big Stage saya mahu buat yang terbaik dan cuba sehabis yang termampu. Malah saya sendiri mahu buktikan kebolehan dalam plaftrom inidan mencuba benda baru.

“Akan tetapi secara tiba-tiba impian lain yang saya cita-citakan turut hadir dan buatkan saya keliru untuk pilih mana satu,” jelas Aziz yang tidak pernah menyangka dia akan menerima tawaran bagi melanjutkan pengajian pada ketika ini.

“Saya dapat tawaran tersebut awal minggu dan apa yang saya perkatakan sejurus membuat persembahan adalah emosi yang mengawal diri pada ketika itu,” jelasnya lagi.

IKLAN

Menjawab kritikan netizen yang menyifatkan penyertaannya hanya ‘buang masa’ kerana bertanding dan kemudian menarik diri, peserta asal Brunei ini menjelaskan, dirinya tidak akan sertai Big Stage andai tahu akan keluar ketika saingan.

“Saya tak akan sertai Big Stage kalau tahu saya akan ‘keluar’. Saya tak akan permainkan reputasi saya yang sudah beberapa minggu berapa di kedudukan tiga tercorot.

“Sebelum ini saya pun tidak tahu akan dapat tawaran kerana permohohan dihantar sejak awal tahun. Bahkan saya pernah juga hantar permohonan, tetap ia ditolak.

IKLAN

“Lalu bila tawaran kembali hadir, tak kan saya ingin tolak. Ibu bapa juga lebih gemar kalau saya sambung pengajian,” kata Aziz menjelaskan situasi.

Terdahulu, peserta ‘budak baru nak up’ (BBNU) dari Indonesia, Dinda Permata yang pada awalnya tersingkir selepas undian juri dan undian atas talian dikira, terselamat.

Dinda yang mempersembahkan lagu Terlalu Memuja nyanyian asal Wany Hasrita kekal dalam saingan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aziz.

Terdahulu, bintang ini ada memuat naik status di Twitter yang seakan membayangkan persembahannya malam tadi di Big Stage adalah yang terakhir buatnya.

Aziz Harun Umum Tarik Diri Dari Big Stage ‘Secara Live’, “Tak Kan Sertai Big Stage Kalau Tahu Akan Keluar.”

Big Stage ditayangkan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI