Kini, anak kepada penerbit dan pengarah terkenal, Puteri Nur Asyiqin, 24, telah sah menjadi isteri kepada anggota kumpulan nasyid Devotees, Adi Akmal Sehrom, 31, dengan sekali lafaz.

Asyiqin merupakan anak perempuan sulung penerbit terkenal itu dengan bekas isteri keduanya, Datin Nor Aliah Lee Abdullah.

Aziz, Aliah Terima Menantu Penyanyi Nasyid

Aziz, Aliah Terima Menantu Penyanyi Nasyid

Bagaimanapun, Aziz ketika dihubungi sebuah portal berkata, dia akui sebagai bapa, tidak nafikan perasaan sebak di hatinya apabila hendak melepaskan anak kepada orang lain, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab.

”Tetapi Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar dan saya sendiri menikahkan anak saya.

 

“Besar harapan saya agar dia dapat memulakan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri dengan baik selepas ini,” katanya.

Majlis tersebut telah diadakan di di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur di kediaman ibu pengantin perempuan.

IKLAN

Asyiqin yang juga personaliti televisyen TV Al-Hijrah telah menerima mas kahwin RM300 manakala RM15,000 sebagai wang hantaran.

Aziz, Aliah Terima Menantu Penyanyi Nasyid

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

IKLAN

Aziz menyifatkan menantunya seorang yang mempunyai budi bahasa tinggi selain seorang lelaki yang budiman.

Selain itu, dia turut kagum dengan keperibadian Adi kerana menantunya itu sentiasa bersikap positif dalam segala hal dilakukannya.

Menurut Aziz lagi, Asyiqin seorang yang sangat berdikari, ada kalanya panas baran. Namun, Adi pandai menyejukkan hati Asyiqin dengan sikap-sikap positifnya.

IKLAN

“Sepanjang saya mengenalinya dia seorang yang penyabar dan sentiasa bercakap lembut malah tidak pernah menunjukkan reaksi wajah masam dan sentiasa tersenyum.

 

“Insya-ALLAH Adi mampu menjaga dan membimbing anak saya dengan baik,” ujarnya.

Mereka telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu setelah berkenalan selama dua tahun. Pasangan itu juga diperkenalkan oleh sepupu Adi.

Pada 7 Oktober majlis menyambut tetamu diadakan di Sungai Buloh.

Untuk pengetahuan, Aziz dan Nor Aliah pernah berkahwin pada 19 Januari 1992 dan sah bercerai pada 2007 selepas 15 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Puteri Nur Asyiqin, Putera Nur Iman, 22, Puteri Nur Aisya, 18, dan Puteri Nur Ain, 14.

Sumber : mstar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI