Tahniah diucapkan kepada pelakon wanita, Ayu Raudhah yang telah selamat melahirkan zuriat ketiganya hasil daripada perkahwinannya bersama suami, Zaquan Adha yang merupakan pemain bola sepak negara.

Berita gembira ini telah dikongsi sendiri oleh Zaquan di akaun instagram miliknya. Diruang kepsyen, Zaquan berkata isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

“alhamdulillah dengan izin allah,isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 am pagi td..syukur pada mu ya allah..,” tulis kapsyennya.

Menerusi perkongsian ini juga, Zaquan telah berkongsi gambar puterinya itu.

Ayu Raudhah, Zaquan Dapat Baby Girl

Untuk pengetahuan semua ini merupakan kali pertama Zaquan dan Ayu menimang cahaya mata perempuan.

IKLAN

Anak sulung dan anak kedua mereka kedua-duanya adalah lelaki. Muhammad Aisy Qaiser, 4 dan Muhammad Aisy Aryann, 3.

Ayu Raudhah, Zaquan Dapat Baby Girl

IKLAN

Terdahulu, pasangan ini telah selamat dinikahkan hanya dengan sekali lafaz pada Januari 2011. Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dan dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili wali pihak perempuan iaitu abang ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Ayu Raudhah, Zaquan Dapat Baby Girl

IKLAN

Pada majlis nikah tersebut, Ayu telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,888 berserta tujuh dulang hantaran manakala pihak lelaki pula dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis mereka ini telah dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak dan tidak lupa juga kenalan rapat mereka.

Sumber: Instagram Zaquan Adha

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI