Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tidak akan sesekali mengalang suaminya yang juga selebriti terkenal, Aliff Aziz untuk berjumpa dengan anak-anak meskipun kini di dalam proses awal mahkamah untuk berpisah.
Menerusi video temu bual yang dikongsikan di Instagram Melodi, Bella dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus diajukan persoalan mengenai permata hatinya.
“Buat masa sekarang, mereka tidak terkesan apa-apa sebab saya selalu beri alasan yang bapa mereka sedang bekerja.
“Mereka juga tidak main telefon. Ayden pula bersekolah di sekolah Cina. Jadi, dia tidak dengar apa-apa berita.
Ads
“Malah dia tetap hantarkan ucapan sempena Ramadan pada daddy dia. Begitu juga Ara.
“Saya beritahu Aliff, awak sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya tak akan letakkan apa-apa syarat untuk berjumpa dengan mereka,” katanya.
Terdahulu, Bella telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini bagi sebutan pertama kes perceraian dengan Aliff.
Ads
Katanya lagi, dia melihat penceraian ini sebagai jalan terbaik selepas banyak peluang yang telah diberikan.
Sekadar informasi, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.
Nama penyanyi cilik, Tantari menjadi sorotan apabila lagu Rindu Hatiku Rindu nyanyiannya menjadi trending dengan berjuta tontonan yang diraih menerusi YouTube sejak ia dimuat naik hampir sebulan lalu.
Baru berusia enam tahun, Tantari atau nama sebenarnya Naufal Azahel Mohd Alfian sebelum ini mula mendapat perhatian apabila video persembahan dia menyanyikanlagu popular 90’an,Cinta Melankolia telah dikongsi ke akaun TikTok LoyyGoji sehingga menarik lebih 300,000 tanda suka (likes).
Atas nama rezeki, Tantari juga dilamar oleh Molek fm dengan kerjasama Nova Music untuk merakam lagu sulung, Rindu Hatiku Rindu, ciptaan komposer Eddie Hamid manakala liriknya dihasilkan oleh Jaju dan Hakim Hakimi.
Dilancarkan pada 15 Februari lalu, lagu tersebut mengimbau kembali melodinya yang seakan lagu era 90-an dan turut jadi trending di YouTube TikTok.
Menurut Eddie, pertama kali menonton video tular Tantari menyanyi, dia terus tertarik dan tahu lenggok lagu yang macam mana penyanyi cilik itu sesuai bawakan.
“Saya lihat kelebihan Tantari terletak pada suaranya yang unik yang sesuai membawa lenggok lagu era 90-an. Kita juga perlu ketengahkan kanak-kanak yang berbakat sebagai pelapis penyanyi sedia ada.
“Walaupun dia masih kanak-kanak tapi saya tak ada masalah sewaktu membuat kerja-kerja rakaman di Studio NAR. Di studio, kami hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk siapkan rakaman,” kata Eddie.
Dia pada masa sama tak menyangka lagu Rindu Hatiku Rindu akan menjadi tular dan mendapat sambutan luar biasa.
Menurut bapanya, Mohd Alfian Othman, bakat nyanyian anaknya itu dikesan sejak dia berusia dua tahun lagi dan lagu pertama yang dia nyanyikan di hadapan keluarga ialah lagu 60-an iaitu Oh Fatimah.
“Tantari mula berani menyanyi di hadapan orang ramai sewaktu berumur enam tahun apabila dia menyertai pertandingan nyanyian ‘Idola Kecil’ mula-mulanya di peringkat pra-sekolah, kemudian ke peringkat daerah dan seterusnya mewakili negeri Selangor. Untuk ketiga-tiga peringkat ini, dia mendapat tempat pertama.
“Sebagai bapa, saya bersyukur sebab ramai yang suka dengan nyanyian Tantari. Kalau ikutkan, saya ni tak adalah suka menyanyi lagu rock kapak, ada lagu-lagu tertentu saja. Tantari suka menyanyi lagu berjiwa rock disebabkan saya ada bekalkan sound system di rumah orang kahwin,” katanya yang tidak fikir panjang apabila mendapat tawaran Eddie Hamid untuk merakan lagu buat anak sulungnya itu.
“Saya terus terima sebab saya berani katakan yang anak saya mampu buat dan alhamdulillah diizin Allah dan sekarang inilah hasilnya. Dari sentuhan terbaik komposer terkenal Eddie Hamid, Alhamdulillah.
“Sewaktu dalam studio, Tantari tak mengambil masa lama untuk rakaman kerana pihak Nova Music mahu terbitkan lagu itu dalam had waktu yang diberikan,” katanya.
Malah, Tantari juga tidak mengikuti kelas vokal sebelum menjalani proses rakaman kerana semua persediaan dilakukan di rumah sahaja.
“Saya tak hantar dia ke kelas vokal sebab kami bukan dari keluarga senang nak hantar ke kelas vokal atau kelas muzik yang menelan belanja besar. Dia hanya kerap buat latihan di rumah dan disamping itu, kita menjaga waktu rehat, pemakanan dan kesihatannya.
“Antara pelajaran dan seni, sejujurnya kami seimbangkan keduanya sebab pelajaran penting termasuk ilmu agama yang perlu dititikberatkan. Dari segi penglibatan dia dalam aktiviti seni, minat dan bakat perlu ada.
“Pada saya, bakat yang ada pada dia adalah anugerah daripada Allah, jadi kita gunalah sebaiknya. Apa yang kita dapat semuanya adalah pemberian daripada Allah dan yang penting kita guna ke arah kebaikan,” tambahnya lagi.
Rindu Hatiku Rindu nyanyian Tantari kini boleh didengar di semua pelantar penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music dan video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebut sahaja nama figura wanita yang satu ini, Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Bella Astillah pasti Nonarians terbayangkan si cantik kecil molek suri hati kepada Aliff Aziz ini.
Meskipun kini sudah berusia 29 tahun, namun penampilan jelitawan bertuit ini langsung tidak melambangkan usia sebenarnya. Malah, bella masih terlihat persis gadis belasan tahun!
Justeru, MH sempat bertanyakan kepada empunya badan, apakah ‘rahsia” kecantikkan asli yang dimilikinya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga. Ini petua yang dikongsikan Bella khas buat mereka yang bertubuh genit sepertinya.
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stres-stres.
“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
“Ketiga, rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kelima, kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).
Semoga Bella Astillah kekal sweet dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Sejak merangkul kemenangan sebagai Bintang Paling Popular, nama penyanyi berwajah lembut bersuara gemersik Wany Hasrita tidak perlu diperkenalakn lagi. Malah, diari kehidupan ibu kepada seorang cahaya mata ini semakin sibuk.
Terdahulu, Wany berkesempatan bertemu dengan pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya untuk menjalankan konsultasi mata dan membuat pembedahan lasik. Pertemuan itu juga sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu ibarat dari seorang guru kepada anak muridnya.
Meski apa sahaja aktiviti yang dilakukannya, menjadi sorotan follower dan juga warganet, Wany tetap menjadi dirinya sendiri. Wany yang dianggap sebagai ikon kepada para remaja telah mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan kepada Prof Dr. Muhaya dan salah satunya adalah bagaimana untuk kekal istiqamah.
Menurut Wany sebagai public figure, memang dia sering sibuk dengan pelbagai urusan dari pagi hingga ke petang. Dan pada masa perlu bersolek dan juga menjaga solat.
Dalam bab ini, Prof Dr. Muhaya memberitahu Wany caranya dalam formula kehidupan adalah dengan berpandukan kepada Rukun Islam. Iaitu yang pertama syahadah, solat, berpuasa, zakat dan terakhir sekali menunaikan haji untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.
Jadi dalam hal ini bab solat jangan sesesekali ditinggalkan dan mesti diberi keutamaan. Dan menurut Prof Dr. Muhaya lagi jika seseorang itu niat menjaga solatnya, insya-Allah Allah akan pegang dan sentiasa menolong diri hamba-Nya.
“Jangan kita bergantung pada masa seseorang. Kalau sudah cantik, tambah solekan sedikit pun sudah terserlah kejelitaannya. Lagi satu kita perlu plan (jika ada apa-apa urusan) untuk solat di mana. Jadi tiada alasan untuk tidak kerjakan solat yang telah diwajibkan ini.”
Tambah Prof Dr. Muhaya lagi untuk menjaga solat walaupun ketika itu ada show, perlu mengambil wuduk siap-siap sebelum kita bersolek. Dan jika jurusolek tidak berkesempatan untuk menyolekan diri kita, cuba untuk melakukannya sendiri.
Beliau juga turut mengingatkan Wany agar sentiasa menjaga pergaulan. Menurut Prof Dr. Muhaya wanita ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan jangan bagi orang lain tidak dikenali menyentuh kita sesuka hati. Kalau boleh sentiasa dekat dengan Allah dan Allah akan sentiasa berada dekat dengan kita.
Prof Dr. Muhaya juga turut memuji Wany yang menjaga auratnya dan itu adalah satu satu dari formula kejayaan. Selain itu, Prof Dr. Muhaya turut memberi tip dan nasihat kepada Wany untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa istiqomah kepada Allah.
Pertama cari ilmu dalam apa jua platform terkini, cari kawan dan guru yang bagus dan akhir sekali cari suasana tenang di persekitaran kita. Turut diselitkan agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya ibu.
Tidak lupa juga diakhir pertemuan itu Prof Dr. Muhaya mendoakan agar Wany menjadi anak yang baik kerana aura yang terdapat dalam diri penyanyi jelita ini sangat kuat.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.