Sayu dan sedih melihat Instagram milik penyanyi Tomok yang berkongsi update terkini kesihatan ayahnya yang terkena serangan strok.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail bimbang dengan keadaan bapanya yang terlantar di hosiptal dan berharap agar ayahnya sentiasa kuat.

Penyanyi itu juga berkata bapanya, dimasukkan ke hospital akibat strok yang telah menyebabkan sebelah kanan badan hingga kaki ayahnya tidak dapat bergerak.

Dalam pada itu, Tomok berharap agar peminatnya dapat berdoa bersama agar ayahnya dapat disembuhkan dari kesakitan yang dialaminya.

IKLAN

MH difahamkan lagi, ayah Tomok telah diserang strok pada 13 November yang lalu dan mengalami masalah percakapan kesan daripada serangan ini.

IKLAN

“Ayah saya kena strok pada 13hb yang lepas menyebabkan sebelah kanan badan hingga kaki dia tidak boleh bergerak.

 

 

“Percakapan juga terganggu. Saya minta doa sahabat semua semoga di permudahkan segalanya untuk ayah saya.

 

 

“Kalau ada info apa-apa tentang proses rawatan strok boleh bagitau saya dan kami akan iktiar semampu boleh,”

 

 

“Ayah kena kuat.” tulisnya di laman tersebut.

Ruangan komen juga dihujani dengan ribuan komen pengikutnya yang risau dengan keadaan tersebut dan mendoakan supaya ayah Tomok kembali pulih seperti biasa selepas menerima rawatan.

IKLAN

Ada juga pengikutnya yang memberi pendapat dan cadangan untuk proses rawatan strok di ruangan komen.

Ayah Kena Serangan Strok, Tomok Minta Peminat Doakan Ayahnya!

MH doakan agar segala urusan Tomok dan ayah dipermudahkan dan diberi kesembuhan seperti sedia kala.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI