Kalau nak diikutkan, hari ini sepatutnya tayangan filem Marvels Avengers: Infinity War bermula di tanah air namun disebabkan terlalu ramai yang ingin menontonnya, seawal jam 11 pagi semalam, rakyat Malaysia sudah berpeluang untuk menontonnya.

Avengers: Infinity Wars Trending Dari Semalam Di Twitter, Ini Respon Penonton!

Ternyata filem tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh para penggemar filem Marvels. Lihat sahajalah barisan superhero yang berada di dalamnya. Memang semua gred A kot!

Kalau korang nak tahu, Malaysia merupakan antara yang bertuah kerana berpeluang untuk menonton filem ini sebelum ia ditayangkan di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Infinity War juga telah trending nombor 1 di Twitter sejak semalam di mana rata-rata yang sudah menontonnya memberikan komen terhadap filem tersebut.

IKLAN

IKLAN

Ada juga peminat yang masih belum berkesempatan untuk menonton filem tersebut mengatakan akan ‘lari’ sebentar daripada media sosial supaya dia tidak dapat baca ‘spoiler’.

IKLAN

Bagaimanapun, rasanya semua peminat Marvels mengetahui bahawa watak antagonis filem tersebut, Thanos sudah memberikan amaran supaya jangan berikan spoiler dan hormati mereka yang masih belum menonton filem itu.

Avengers: Infinity Wars Trending Dari Semalam Di Twitter, Ini Respon Penonton!

Apa-apapun, memang panas betul deman Infinity War yang melanda seluruh dunia ini. Yang pasti, MH tak sabar nak tonton filem Avenger seterusnya.

sumber: Twitter

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI