Rapper dan anggota kumpulan K-Clique, Noki memaklumkan dirinya kini sedang menerima rawatan di hospital selepas dilaporkan diserang demam denggi.
Menurut Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, situasi kesihatannya berada dalam keadaan yang agak membimbangkan memandangkan demam denggi yang dialaminya itu kini berada di tahap yang agak berbahaya.
“Assalamuaalaikum, keadaan saya sekarang denggi tahap berbahaya , doakan kesihatan saya ya, semoga Allah lindungi kita semua dari segala penyakit Amin,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Gila itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dikesempatan itu juga, Noki yang kini turut bergelar pelakon turut memohon agar semua pihak dapat mendoakan kesihatannya agar dia dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Noki.
“Allahu, semoga cepat sembuh. Ameen.
Ads
“Semoga diberikan syifa brother. Fighter.
“MasyaAllah, get well soon brother. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ameen.
“Semoga dalam lindungannya dan mendapat kesembuhan yang segera abangku,” antara reaksi rakan-rakan artis di ruangan komen.
Ads
Terdahulu, Noki kini difahamkan sedang sibuk menjalani sesi pengambaran bagi drama Oh My Hantaran arahan pengarah, Shuhaimi Lua.
Selain Noki, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Elisha Sandha, Nazia Mustafar, Jaafar Onn dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Noki K-Clique
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah meluahkan rasa syukur apabila ibu mentuanya, pelakon veteran Datin Maria Arshad kini telah sembuh dan bebas daripada jangkitan wabak Covid-19.
Shahirah yang kini terpaksa menjalankan tugas sebagai penyampai radio Suria FM dari rumah untuk menjalani tempoh kuarantin telah memaklumkan perkara tersebut ketika berkeuadara di segment Suria Petang, pada Isnin.
“Syukur Alhamdulillah, ibu mentua saya kini dah sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan dia sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah hari ini. Jadi saya bersyukur sangat, dan saya pun dah berjumpa dengan dia, sebab sekarang ni saya di kediamannya,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini turut memaklumkan ibu mentuanya telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Shahirah mendedahkan kos rawatan ibu mentuanya di hospital berkenaan mencecah nilai RM30,000.
“Saya cuma nak kongsi, ibu mentua saya dapatkan rawatan di hospital swasta dan kos rawatannya mencecah RM30,000, memang mahal dan sebenarnya kalau nak tahu ada juga yang sampai mencecah RM70,000,
“Mahal sebab bukan rawatan Covid-19 tu tapi sebab kos ubat-ubatan tu yang mahal. Macam kes ibu mentua saya, Covid ni dah kacau dia punya sistem darah, dan bila kacau sistem darah dia boleh beri kesan rosak pada organ dalaman. Jadi ubat-ubatan untuk betulkan sistem darah tu yang mahal sebenarnya,” katanya lagi.
Selain itu, penyampai radio berusia 45 tahun ini bersyukur kerana sehingga kini pihak kerajaan masih menyediakan hospital kerajaan kepada orang ramai yang tidak perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan.
Terdahulu, selepas mengalami demam berpanjangan selama hampir dua minggu, Maria Arshad, 63, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada 25 September yang lalu.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Keputusan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula pada 11 Oktober lalu disambut penuh gembira oleh rakyat Malaysia. Masing-masing teruja, apatah lagi buat mereka yang sudah lebih setahun tidak berjumpa ibu bapa dan keluarga tercinta.
Kebenaran itu juga selepas kadar vaksinasi lengkap di seluruh negara membabitkan golongan dewasa sudah mencapai 90 peratus. Ia sekaligus membuktikan bagaimana tahap kesedaran yang tinggi masyarakat terhadap suntikan vaksin.
Bertepatan dengan kempen kerajaan juga, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia melancarkan lagu Vaksin Rindu sebagai usaha dan inisiatif agar orang ramai yang belum mendapatkan vaksin boleh berbuat sedemikian.
Selain itu, lagu ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita.
Lagu ciptaan AkhMas dan Yasin Sulaiman dan lirik oleh Yasin Sulaiman, Suhaimi dan Ghazali itu dinyanyikan oleh Yasin Sulaiman.
Yasin berkata, dia tidak berfikir panjang ketika ditawarkan untuk menyanyikan lagu Vaksin Rindu selain tertarik dengan lirik dan tema yang dibawa lagu berkenaan.
“Saya mendapat tawaran menyanyikan lagu ini bulan lepas. Apabila saya dengar melodi dan baca lirik, saya tak fikir panjang untuk kata ya. Saya terus terima dan nak buat. Lagi pula, saya suka idea yang dibawa Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini.
“Dalam masa sama, saya lebih kepada nak sokong kempen dijalankan mereka. Saya nak raikan matlamat kempen mereka menerusi lagu Vaksin Rindu ini. Melihat usaha mereka ini, ia sesuatu yang bagus kerana ada kesedaran dan mahu tingkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap suntikan vaksin di kala virus Covid-19 masih melanda negara,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yasin berkata dia juga turut memberikan sedikit sentuhannya pada melodi dan lirik.
“Pada awalnya memang saya kena menyanyi saja. Apabila tengok lirik, ia ‘cute’ juga. Lagu sederhana dan santai saja. Disebabkan karya ini daripada NGO, saya tidak boleh ‘treat’ mereka macam orang lain. Jadi, saya ada baiki sikit pada bahagian lirik supaya lagu itu lebih baik hasilnya.
“Sebelumnya saya minta izin dan mereka okay. Ketika dapat tawaran itu pun, muzik sudah siap. Jadi, saya bantu dalam proses ‘mixing’ sikit. Alhamdulillah, hasilnya diharap dapat diterima baik peminat dan sama-sama kita menghayati lagu ini,” katanya.
Ditanya mengenai kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin, Yasin berkata perkara itu adalah pendirian dan hak masing-masing.
“Di sekeliling saya ramai tak ambil vaksin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda vaksin. Ikut kepercayaan masing-masing.
“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar vaksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.
“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan vaksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang digelar anti vaksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin.
“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.
“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak vaksin, itu baru masalah. Anti vaksin bukanlah ancaman buat kita. Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.
Sementara itu, Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia berharap lagu Vaksin Rindu yang diterbitkan mereka dapat menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia selepas hampir dua tahun bergelut dengan situasi pandemik Covid-19.
Lagu Vaksin Rindu ini juga bertepatan dengan NGO ini yang mana mereka adalah persatuan yang aktif dan giat memberi sumbangan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
“Diharapkan lagu dapat menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita. Untuk sama-sama membantu dan memberi sumbangan boleh ke arifnasional.com atau dapatkan merchandise di vaksinrindu.com ,” katanya.
Lagu Vaksin Rindu bakal dilancarkan secara rasmi esok, 21 Oktober 2021.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick ada berkongsi satu rakaman video ketika melakukan kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann yang ke-27.
Menerusi rakaman video tersebut, bekas hos rancangan Melodi itu dengan sengaja menghadiahkan sebuah kamera digital spefikasi rendah, yang mana ia difahamkan tidak seperti yang diidamkan pelakon kacukan itu.
Dalam video tersebut, Dini kelihatan ‘berpura-pura’ menyukai dengan hadiah pemberian Janna.
“I memang tak reti beli2 barang2 gadget-gadget ni. Kalau camera/phone ke apa memang dini yang akan buat research & beli.
“So on his birthday I beli camera paling low spec sebab nak surprise dia. Dia tahu camera tu low spec tapi dia terpaksa pura pura suka sebab I dah beli…
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...