Pelakon dan pengacara, Janna Nick ada berkongsi satu rakaman video ketika melakukan kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann yang ke-27.
Menerusi rakaman video tersebut, bekas hos rancangan Melodi itu dengan sengaja menghadiahkan sebuah kamera digital spefikasi rendah, yang mana ia difahamkan tidak seperti yang diidamkan pelakon kacukan itu.
Dalam video tersebut, Dini kelihatan ‘berpura-pura’ menyukai dengan hadiah pemberian Janna.
“I memang tak reti beli2 barang2 gadget-gadget ni. Kalau camera/phone ke apa memang dini yang akan buat research & beli.
Ads
“So on his birthday I beli camera paling low spec sebab nak surprise dia. Dia tahu camera tu low spec tapi dia terpaksa pura pura suka sebab I dah beli…
Pengacara dan personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain telah pun selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada tanggal 3 September yang lalu.
Malah, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Syuhada turut memaklumkan dia sekeluarga telah pun menjalankan majlis aqiqah dan cukur jambul bersempena genap seminggu kelahiran cahaya mata perempuannya itu.
“Raja Ahmad would like to announce the end of his reign as the youngest child!
“And today is day 7 and Alhamdulillah we performed the offering of Aqeeqah, shaved her head and named her, Raja Aasiya Amaal. Alhamdulillah,” kongsinya.
Dalam pada itu, bekas pengacara program, Mingguan Wanita ini juga turut mengumumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Raja Aasiya Amaal.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Raja Aasiya membesar menjadi anak yang solehah serta penyejuk hati ayah dan ibu.
“Tahniah Syuhada dan hubby atas kelahiran baby comel. Semoga membesar sebagai anak solehah dan penyejuk mata kedua ibu bapa. Didoakan juga moga dikurniakan kesihatan yang baik buat mommy dan baby.
“Sedap nama Aasiya Amaal. Selamat berpantang Nurul.
“Alhamdulillah, bismillah masyaAllah. What a beautiful name. Selamat berpantang mommy.
“MasyaAllah she is gorgeous. Congratulation again Syud and hubby.
“Alhamdulillah, tahniah sis,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Syuhada dan suaminya, Raja Amir Raja Azwa telah pun mendirikan rumah tangga pada 2014.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Nurul Syuhada Nurul Ain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Dinie Rashid menyifatkan pengakuannya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai satu cara untuk memberikan lebih pemahaman kepada peminat.
Ini kerana menurut Dinie, 29, dia yang juga OKU penglihatan yang mengalami ‘molecular dystrophy’ hingga mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai kekurangan.
Sebaliknya, dia cuba sampaikan informasi dan pada masa sama mahu mengajar orang di luar sana lebih faham dan jelas mengenai kelainan upayanya yang dialami.
“Tidak dinafikan mungkin ada yang alami situasi macam saya ni akan rasa segan. Awalnya saya pun begitu. Tapi sebagai penyanyi, saya rasa ada tanggungjawab untuk berikan pemahaman kepada orang luar.
“Saya percaya ada yang ingat OKU penglihatan ini hanya terdiri daripada individu yang ‘totally blind’ semata. Jadi sebab itulah saya akan terangkan sekiranya berkesempatan,” katanya.
Bekas peserta Big Stage 2020 ini juga berkata, dia perlu tampil berikan penjelasan kerana pernah dikatakan menipu.
“Sebelum ini saya pernah dicop menipu (buta). Kenapa mamat ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini? Jadi penjelasan itu bukan nak merendah-rendahkan keupayaan diri, tetapi untuk maklum kepada yang belum kenal mengenai keadaan diri saya.
“Malah sebelum ini saya pernah sertai program televisyen dan ada isi masa bermain futsal sebab ada juga futsal yang disertai individu yang cacat penglihatan.
“Ada yang kritik ‘kata tak nampak tapi main futsal’, ada juga yang komen ‘mana boleh orang tak yang tak nampak pegang telefon bimbit’,” katanya lagi.
Ditanya selama mana dia akan terus kongsikan hal tersebut kepad umum, Dinie menambah dia tidak mahu menipu peminat.
“Saya akui masih ramai yang belum kenal dengan saya. Jadi ini peranan sendirilah untuk beritahu hal sebenar. Jika tiba-tiba nama sudah dikenali dan andai kata ketika nak naik pentas saya tersadung misalnya, mesti akan disalah anggap pula.
“Sebelum ini pun saya pernah dikatakan ‘lalok’,” katanya yang tidak mahu dianggap sengaja meraih simpati susulan keadaan diri.
Dinie ditemui media pada majlis Indigital Music Night di Putrajaya pada Jumaat.
“Saya tahu akan ada yang anggap saya cuma minta simpati dengan apa yang dialami. Tapi sebab itulah saya kata, ia tanggungjawab saya untuk dedahkan mengenai hal ini supaya mereka di luar sana lebih faham.
“Dalam erti kata lain saya nak orang tahu bahawa meski saya begini, saya okay. Meski saya pernah rasa depresi pada peringkat awal kerana saya bukan dilahirkan begini.
“Pada umur sembilan tahun nikmat penglihatan saya ditarik. Semenjak itulah, macam-macam sudah saya lalui. Rasa tertekan dan sebagainya. Tapi saya reda dengan ketentuan. Kini saya lebih relak dan anggap ia tidak ada apa-apa pun, katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd membuka peluang seterusnya sedia bekerjasama dengan mana-mana pelakon meski ada di antara mereka yang tidak mempunyai media sosial atau tiada pengikut di Instagram bagi membintangi karya terbitan mereka.
Pengarah urusan dan penerbitnya, Muhammad Razlan Ismail berkata, pihaknya memilih untuk mengutamakan kualiti serta kepuasan dalam menghasilkan sesebuah karya.
“Pada saya idea daripada kami. Apabila kita buat sesuatu cerita, kami sudah fikirkan siapa yang boleh bawa dan selepas itu buat pemilihan.
“Kalau kebetulan artis itu mempunyai pengikut atau ‘followers’ ramai okay lah. Kalau tak, kami okay juga. Macam Dream At Work kami ikut proses ‘pitching’.
“Dalam masa sama, kami juga buat produk akhir atau ‘finish product’ yang mana lebih kepada karya kita dan apa yang kita nak. Kalau pelakon itu kosong pengikut sekali pun, tapi berbakat tidak ada masalah. Tidak ada IG sekali pun, kami okay,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara terbabit, Razlan menjelaskan pihaknya juga kini sedang dalam perbincangan dengan sebuah stesen televisyen untuk menayangkan telefilem terbitan syarikatnya yang hampir keseluruhan menampilkan pelakon yang tidak ada nama atau bukan dalam kalangan pelakon sedia ada.
“Kami ada satu produk akhir iaitu telefilem berjudul Jersi 45 yang mana pelakon utama dalam telefilem ini semua tidak dikenali sama ada di kalangan kanak-kanak termasuk ibu bapa mereka. Kecuali beberapa pelakon yang memegang watak ibu bapa lain seperti Azhan Rani, Wan Sharmila dan Kazar.
“Malah ada pelakon yang kami ambil dari rumah anak yatim. Pendek kata, dalam telefilem ini sebahagian besar pelakon yang tidak ada nama.
“Tidak ada siapa menentang untuk buat cerita ini. Alhamdulillah, perbincangan dengan stesen TV berkenaan pun positif. Kami bukan nak buktikan sesuatu, tapi ia lebih kepada kepuasan dan kedua, tidak mustahil pun nak buat perkara ini,” katanya.
Ditanya mengenai kelangsungan syarikat penerbitannya sepanjang tempoh pandemik, Razlan berkata cabaran pastinya dirasai semua pihak. Namun, dia lebih selesa melihat hal itu dari sudut yang baik.
“Fasa pandemik ini memang menjadi satu isu, akan tetapi kita juga ada menerima sokongan dari pihak berwajib, ia sesuatu yang baik.
“Pada saya apa yang akan datang ini menjadi lebih menarik kerana sepanjang pengamatan kami sepanjang tempoh pandemik ini memberikan kita banyak ‘content’ yang boleh diolah.
“Cuma ya cabarannya kekal ada. Malah sekiranya ada ‘pitching proses’ daripada mana-mana stesen televisyen kami lebih suka.
“Tapi sekiranya tiada, kami rancang untuk terbitkan ‘finish product’ sendiri. Kemudian daripada situlah kami bekerjasama dengan stesen televisyen,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.