Penyanyi Ashira Aziz mengharapkan sinar bintangnya dalam industri seni tempatan tidak terus padam selepas kembali aktif sejurus menyertai Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), tahun lalu.
Menurut Ashira atau nama Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz,36, dia juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sudi menerbitkan single terbaharu buat dirinya.
“Saya tidak kisah, asal boleh bekerjasama dan saya bersedia. Kita boleh adakan perbincangan.
“Saya juga bersedia menerima apa saja undangan nyanyian atau persembahan serta program dalam usaha mencari rezeki,” katanya.
Ads
Popular dengan lagu Di Ombak Resah, dia tidak menolak sekiranya ada tawaran yang mahu menggandingkan dia dan suami, selain turut terbuka sekiranya ada tawaran lakonan yang bersesuaian selepas ini.
Ads
Diminta mengulas mengenai penampilannya yang kini sopan berhijab, Ashira akui dia kian tenang dan selesa dengan dengan imej yang dibawa.
Ads
“Alhamdulillah semakin serasi dan doakan saya terus menjadi lebih baik dari hari ke hari,” katanya lagi.
Selain Di Ombak Resah, Ashira turut tampil dengan beberapasingle lain antaranya Jatuh Cinta, Selamanya Takkan Berakhir dan Buat Insan Tersayang, duet bersama Eddie Hamid.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, pelakon Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan kagum dengan semangat yang ditonjolkan suaminya menerusi Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah memberitahu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Sayang-Sayang itu sangat tekun dan kerap berlatih demi memperbaiki mutu persembahan.
Dalam konsert minggu ketiga GV8 yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Aliff berjaya mempersembahkan lagu Kasihnya Laila dengan baik meski ia bukan genre penyanyi berkenaan.
“Alhamdulillah, youre amazing love @iamaliffaziz P/s: Aliff punya passion dalam nyanyian mmg besar! Eventho at first actually dia risau juga coz rock bukan genre dia.
“Tapi Aliff sangat rajin practice and selalu belajar bersungguh-sungguh untuk sentiasa perbaiki mana-mana yang kurang (walaupun kuat bebel),” tulis Bella dalam satu perkongsian di Instagram, malam tadi.
Penyanyi Datuk Fazley Yaakob menjadi bintang kedua yang tersingkir dalam saingan minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-8 (GV) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Mempersembahkan lagu Mahligai Syahdu yang dipopularkan oleh Datuk Hattan, Fazley memperolehi markah terendah berbanding kesemua bintang bertanding iaitu hanya 50 peratus.
Sementara persembahan memukau menerusi lagu Jika (Melly Goeslow) di tangan Adibah Noor pula meletakkan penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini di carta markah paling tinggi iaitu 78.10 peratus, diikuti Nikki Palikat 76.60 peratus.
Manakala Suki Low dan Aweera masing-masing memperolehi markah sebanyak 75 dan 72 peratus.
Berikut ialah senarai markah kesemua peserta GV8 minggu keempat;
Kesemua peserta diadili Datuk Ramli MS bersama Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan YM Dato Sri Shah Rezza sebagai juri jemputan.
GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit Aron Koh tampil menerbitkan buku berjudul ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking yang menceritakan perihal pengalamannya selama 18 tahun dalam industri perfileman.
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris, buku berkenaan dilancarkan selepas Aron sukses di dalam menerbitkan beberapa buah filem antaranya Show Me Your Love, Haunted Hotel dan Zombitopia.
Mengharapkan agar perkongsiannya di dalam buku tersebut dapat memberi manfaat kepada pembikin filem muda, Aron antara lain juga mahu membantu penggiat seni memahami selok belok industri selain arah aliran industri pasca-pandemik.
“Menerusi buku ini saya pecahkan pengalaman saya kepada lima bab memandangkan pengalaman saya yang meliputi 18 tahun itu. Tentu banyak perkara yang ingin saya kongsikan.
“Saya ada kongsi pengalaman tentang keadaan semasa industri filem Malaysia, cabaran dalam industri dan jalan ke hadapan untuk industri. Saya ada menganalisis secara menyeluruh pemahaman dan pandangan saya terhadap industri, masalah yang dihadapi oleh industri dan memberi cadangan yang kontra,” katanya.
Pengasas dan penerbit eksekutif Lomo Pictures ini juga antara lain turut bercerita tentang proses pembikinan filem, bagaimana industri filem berfungsi dan elemen kejayaan sesebuah filem, sama ada filem terbitannya atau pun karya orang lain menerusi buku yang dilancarkan awal Disember lalu itu.
Malah, dia turut yakin buku ini akan memberi inspirasi dan pandangan kepada pembikin filem baharu, lepasan ijazah dan mereka yang sedang menunggu peluang serta pembikin filem luar negara tentang industri filem.
“Industri perfileman global telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu, pawagam terpaksa dihentikan operasi, penerbitan filem dihentikan, pembangunan industri berada dalam risiko.
“Bagaimanapun, wabak itu telah meningkatkan platform penstriman digital seperti Netflix, Disney dan iQiyi. Kini, selagi produk itu didigitalkan, maka akan ada lebih banyak peluang pada masa hadapan,” katanya lagi.
“Semasa PKP 3.0, saya mempunyai lebih banyak masa di rumah yang membolehkan saya menumpukan perhatian dan menghabiskan buku
“Sebab mengapa saya memilih untuk menulis buku ini sepenuhnya dalam bahasa Inggeris adalah kerana saya mahu lebih ramai orang, malah warga asing, memahami situasi filem tempatan kita.
“Matlamat terbesar saya adalah menggalakkan rakan sekerja saya dalam industri untuk tidak berputus asa walaupun selepas mengalami pandemik Covid-19, harapan sentiasa ada dan kami akan mempunyai lebih banyak peluang selepas ini,” katanya.
Terdahulu, majlis pelancaran buku berkenaan turut disusuli dengan pengenalan beberapa projek baru selain tayangan filem akan datang, iaitu Small Town Heroes, Tiga Adiwira, Indera, Gila Gusti dan Oh My Soul.
Aron turut mendedahkan bahawa buku ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking, yang telah diperakui oleh blockchain agency, merupakan karya pertama pembuat filem Malaysia yang akan diletakkan di platform dagangan NFT.
Aron juga berbesar hati menyumbangkan 300 buku kepada perpustakaan awam Selangor untuk bacaan umum.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.