Personaliti media sosial, Ashhryyyyyy, tampil mendedahkan keadaan terkini wajah sahabat baiknya, Cik Epal, selepas didakwa menjadi mangsa serangan oleh isteri bekas suaminya, Dewi, baru-baru ini.
Menurut Ashhryyyyyy yang mesra disapa Ash, dia terkejut sebaik menerima foto yang menunjukkan seolah ada kesan cakar di wajah sahabat baiknya itu, termasuk kecederaan di bahagian kelopak mata.
“Ramai minta gambar Cik Epal pula! Jadi kita comparekan kononnya kronologinya dengan perbuatannya,” tulis Ash di Insta Story.
Luah Rasa Bimbang
Ash pada masa sama turut meluahkan rasa cemas dengan situasi dialami Cik Epal.
Ads
Malah dia turut berharap semoga tiada kesan serius yang boleh menjejaskan wajah atau penglihatannya.
“Masa dapat gambar ni serious berderau tengok aku berdoa tak ada apa apa serious dekat muka or mata dia.
“Dah lah kami ada job video shoot dengan agency esok,” katanya lagi.
Ads
Insiden Jadi Sorotan
Terdahulu, Cik Epal memuat naik video dari perspektif dirinya, mendakwa dicakar sehingga mengalami kecederaan di mata dalam satu insiden tular, sebelum ini.
Ads
Dalam perkembangan berkaitan, bekas suaminya, Jofliam, turut berkongsi sebuah video baharu yang menunjukkan suasana tegang yang berlaku.
Setakat ini, kedua-dua pihak saling mengemukakan bukti tersendiri di media sosial, sekali gus mendapat sorotan ramai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aisyah Aziz yang dilaporkan sudah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir B. Mohd Ismail.
Majlis pernikahan pasangan ini difahamkan berlangsung pada hari ini dalam suasana tertutup di Singapura, dihadiri hanya oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak.
Berita gembira itu dikongsi media di Singapura iaitu Mediacorp Warna 942 menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook.
Malah foto pasangan pengantin yang sedondon mengenakan persalinan serba putih turut mula tular di media sosial.
Sebelum ini, Aisyah yang juga adik kepada penyanyi popular Aliff Aziz menerusi MH pernah memberi bayangan dia sedang mengenali seseorang istimewa, dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.
Walaupun memilih untuk tidak terlalu berkongsi perihal peribadi, Aisyah tetap memohon agar mendoakan yang baik-baik dan berserah kepada jodoh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Foto: Mediacorp WARNA 942
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menantu kepada pelakon dan usahawan, Abby Abadi, iaitu Ahmad Aslam, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibu mentuanya itu pada Khamis menerusi beberapa hantaran di aplikasi Threads.
Menurut Aslam, 26, meskipun dia telah memohon maaf secara peribadi sebelum ini, dia memahami Abby mahukan permohonan maaf itu dilakukan secara terbuka.
“Saya jarang bersuara, dikeranakan saya ditempat dan kedudukan yang bersalah, saya akui saya bersalah tapi ada masa diam itu bukan lagi pilihan.
“Saya akui saya banyak melakukan kesilapan pada semua pihak. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas sebab diam saya perkara jadi lebih besar.
“Di sini saya ingin menjelaskan yang saya sudah pun pernah meminta maaf pada ibu mentua saya, baik ibu mentua isteri pertama dan juga isteri kedua saya.
“Tetapi disebabkan ibu mentua saya mungkin ingin saya memohon maaf secara terbuka di publisiti platform media.
“Dengan rendah hati, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutama ibu mertua saya Abby Abadi kerana banyak perkara telah saya lakukan yang sangat berat,” kongsi Aslam.
Menerusi aplikasi sama, Aslam mengakui dia memilih berpoligami disebabkan rasa tanggungjawab, seterusnya ingin menjaga maruah Marissa.
Malah sebagai suami, dia juga cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin terhadap kedua-dua isterinya.
“Ya, saya memilih untuk berpoligami dan ya, saya berkahwin secara senyap, bukan kerana suka-suka tetapi kerana keadaan yang memerlukan begitu. Saya tahu risiko dan beban yang datang bersamanya.
“Tapi saya juga tahu lebih baik saya bertanggungjawab daripada terus bermain dengan perasaan dan masa depan orang lain.
“Demi menjaga maruah dan niat baik keluarga. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kedua-dua isteri saya.
“Mereka tidak berkongsi tempat tinggal, tidak berkongsi nafkah. Masing-masing saya jaga mengikut kemampuan dan keperluan mereka. Saya bukan sempurna tapi saya berusaha berlaku adil,” luahnya lagi.
Aslam juga terbuka terhadap setiap pendapat yang diterima, namun berpendapat sebagai manusia, masing-masing mempunyai kekurangan.
“Saya hormat semua pandangan termasuk yang menentang poligami tapi apabila sindiran, tohmahan dan hantaran terbuka dijadikan medium menyindir kami sekeluarga itu bukan lagi pandangan. Itu serangan peribadi.
“Saya harap sesiapa yang menyindir itu lebih fokus kepada memperbaiki hubungan keluarga sendiri daripada membuka aib dan mencari simpati awam.
“Kita semua ada kekurangan dan saya yakin sebagai ibu bapa atau orang yang lebih tua, jalan paling mulia ialah menasihati secara tertutup, bukan menjaja cerita hingga menimbulkan fitnah.
“Saya bukan minta difahami, cukup sekadar dihormati. Kerana yang menilai akhirnya bukan manusia, tapi Tuhan. Wallahua’lam,” kongsinya lagi.
Terdahulu pada Selasa, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, 20, iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan tersebut, sebaliknya meminta menantunya iaitu Aslam yang perlu datang memohon maaf kepadanya.
Malah Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.
Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.
Manakala Marissa sebelum ini pernah kematian bayi sulungnya susulan bersalin awal (6 bulan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Syafeek Ikhwan, 37, yang kini turut bersaing dalam Big Stage Alpha, meluahkan keterbukaannya untuk bertanding bersama 17 peserta lain yang rata-rata lebih muda.
Bagi Syafeek, usia bukan penghalang utama kerana setiap penyanyi memiliki perjalanan karier yang berbeza.
“Nak diikutkan memang rasa agak lewat kalau difikirkan dari segi usia. Tetapi saya pun memulakan kerjaya dalam nyanyian hanya selepas saya pulang ke Malaysia sejurus menamatkan pengajian.
“Kemudian saya mula bekerja dan barulah saya fokus pada menyanyi pula.
“Fasa dan tempoh masa setiap penyanyi itu berbeza-beza. Mungkin sudah tertulis takdir saya (menyanyi) lambat sikit berbanding orang lain,” katanya.
Tambah Syafeek, walaupun perbezaan umur itu wujud, dia bagaimanapun turut selesa bergaul dengan rakan-rakan yang lebih muda berbanding usianya.
“Saya pun ada ramai kawan yang lebih muda (Gen-Z) dan kerap bergaul dengan mereka. Insya-Allah okay dan dalam Big Stage Alpha ini, saya mahu bawa diri sebagai seorang yang lebih fleksibel.
“Jadi saya terbuka untuk berkawan dengan mereka yang matang atau masih muda. Tapi setakat ini, mereka okay saja. Malah bila pertama kali berjumpa peserta lain pun, ada yang tak percaya bila tahu usia sebenar saya,” ujarnya lagi.
Syafeek yang pernah mengharumkan nama negara dengan menerusi i-Sing World di Paris, Perancis pada 2018, mengakui tidak segan bersaing dengan peserta yang masih ‘hijau’ dalam nyanyian kerana melihatnya sebagai pengalaman yang tersendiri.
“Bagi saya tiada apa yang perlu dimalukan sebab ia adalah proses perjalanan bagi seseorang penyanyi itu. Lagi satu, saya juga sedar diri sebab kalau saya tidak sertai pertandingan yang besar seperti ini, siapa lagi yang akan mengenali saya?
“Mana tahu, di sini menjadi platform untuk saya lebih dikenali, lebih-lebih lagi bila terpilih sebagai antara 18 peserta bagi musim ini, ia satu peluang yang besar dan membanggakan,” katanya.
Penyanyi yang pernah muncul dengan single berjudul Penunggu tahun lalu itu berkata demikian ketika di temui pada Sidang Media Big Stage Alpha di Kota Damansara, pada Khamis.
Optimis untuk memberikan yang terbaik, Syafeek turut berharap penyertaannya dalam Big Stage Alpha membuka pintu rezeki lebih besar dalam kerjayanya selepas ini.
“Saya memang berharap mampu mara ke final dan kemudian nak jadi juara. Saya rasa peserta lain pun sama juga harapannya.
“Cuma, apa yang membezakan di antara satu sama lain ialah kesungguhan dan apa yang kita boleh persembahkan atas pentas nanti.
“Kepada peminat yang mengharapkan saya untuk kembali sertai pertandingan nyanyian, kini sudah tiba masanya dan saya berharap agar kalian dapat memberikan sokongan,” katanya lagi.
Big Stage Alpha akan mula bersiaran bermula 27 April 2025, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104)serta boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.